PENULIS PERAK ANGGAP SHAHNON BERANI, JUJUR
Lembaga Pembangunan Sastera Perak (Lepas) menganggap 'Shit' karya Prof. Shahnon Ahmad sebagai novel yang berjaya, berani dan jujur mengkritik masyarakat untuk menegakkan kebenaran, mempertingkatkan martabat bangsa dan kesucian Islam.
Dalam satu kenyataannya yang difakskan kepada Harakah, Lepas mendesak Gapena supaya menganjurkan dialog terbuka di antara badan penulis tanah air dan cendekiawan Melayu secepat mungkin demi mempertahankan hak Dato' Shahnon Ahmad sebagai penulis.
Ini adalah di antara tiga usul Lepas yang akan di bawa ke Mesyuarat Agung Gapena tidak lama lagi. Usul ini adalah keputusan Mesyuarat Agung Lepas kali yang ke 39 baru-baru ini.
Tiga usul tersebut berbunyi:
Tujuannya ialah untuk mengekalkan identiti Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi negara, bahasa peraduan, bahasa sains dan teknologi dan bahasa ulung di negara ini.
Ihsan: Harakah
7 Mei, 1999