PENDUDUK LAHAT BIMBANG WABAK JE MENYERANG
Lebih 3,500 orang penduduk Bandar Lahat Baru dan Kg. Pengkalan Gate bimbang diancam wabak JE berikutan sebuah ladang khinzir haram yang masih beroperasi di kawasan taman perumahan tersebut.
Beberapa suri rumah memberitahu bahawa mereka pernah terserempak dengan anak khinzir yang merayau-rayau di kawasan taman perumahan berdekatan.
Sungguh pun operasi memusnah khinzir sudah berakhir pada 26 April lalu, usaha menghidupkan semula industri khinzir masih menjadi agenda penternak tertentu.
Kerajaan Negeri Perak digesa membuat siasatan berkenaan perkara ini yang bukan sahaja akan mengancam keselamatan penternak berkenaan tetapi penduduk sekitarnya yang masih berada dalam lingkungan 2 km dari tempat ternakan.
Sumber:agen MR
8 Mei, 1999