RAHMAT DI SEBALIK KEMELESETAN EKONOMI

Sebagai rakyat di negara yang bertuah dan hamba yang sentiasa patuh kepada perintah Tuhan kita sewajarnya bersyukur dengan tahap ekonomi yang kita miliki sekarang.

Tidak seperti parti pembangkang yang lain, teristimewa PAS , Kerajaan UMNO hari ini dilihat berjuang berhabis-habisan mengaut apa yang masih ada dalam kantung perbendaharaan negara untuk dilangsaikan supaya memudahkan 'kroni-kroni' mereka menyalurkan wang sebagai 'ikhtiar' terakhir mereka membeli undi rakyat.

Perbuatan ini dilihat sebagai menyamun harta negara secara 'terhormat' dan secara terang-terangan. Ide ini telah digunakan oleh pencuri mellenium baru yang menggunakan taktik ini. Ia dikatakan paling berkesan kerana sukar dibezakan antara merompak dengan mengangkut barangan orang!

MINDA RAKYAT
10 Mei, 1999