PERSIAPAN MENGHADAPI PILIHANRAYA

Minda Rakyat dimaklumkan bahawa satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pagi ini (10 Mei, 1999) memberitahu bahawa sebarang acara atau perayaan yang dilakukan oleh Jabatan Kerajaan yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah jangan melampaui bulan September 1999.

Ini bermakna segala acara yang melibatkan Tan Sri Ramli sebagai Menteri Besar mesti dihabiskan atau disempurnakan selewat-lewatnya bulan Ogos 1999.

MR tidak ingin membuat sebarang spekulasi lanjut mengenai perkara ini. Namun komen beberapa pegawai Kerajaan mengatakan bahawa kenyataan itu menggambarkan bahawa waktu yang sesuai untuk kerajaan mengadakan pilihanraya setelah menonjolkan TSR sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum kelak.

Sumber: agen MR
10 Mei, 1999