RAKYAT SIFATKAN KENYATAAN RAMLI SEBAGAI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!
Sebilangan rakyat negeri ini menyifatkan kenyataan Tan Sri Ramli dalam menangani isu tanah jerlus yang sering berlaku di Lembah Kinta sebagai 'tidak bertanggungjawab' dan lepas tangan.
Tinjauan MR terhadap penduduk yang terdedah kepada ancaman ini menjelaskan sifat kebongkakan pemimpin itu yang sudah lupa dari mana kuasa yang didapatinya sebelum ini. Rata-rata rakyat berasa kesal di atas sikap TSR yang tidak membela kepentingan rakyat sebaliknya mementingkan golongan tertentu yang disifatkan oleh rakyat sebagai 'kroni' mereka sahaja.
Semalam TSR membuat kenyataan akhbar bahawa ancaman tanah jerlus di dalam kawasan Lembah Kinta adalah fenomena biasa dan tidak timbul soal ganti rugi terhadap mereka yang terlibat.
Kejadian tanah jerlus sering berlaku di Lembah Kinta yang suatu masa dulu terkenal dengan perlombongan bijih timah terkaya di dunia. Berikut disiarkan kontroversi kenyataan TSR yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini
MINDA RAKYAT
11 Mei, 1999