MAHATHIR DIUMPAMAKAN SEBAGAI 'P*KI MAK'
Bagi DSAI, pemecatannya sebagai TPM tetaplah berbau konspirasi politik. Demikian pula buat sasterawan Prof. Shahnon Ahmad, seseorang yang mengkagumi Anwar.
Dalam novel kontroversialnya berjudul SHIT, Shahnon menyindir habis-habisan PM Mahathir Mohamad kerana menyingkirkan Anwar. Shahnon adalah penerima anugerah Sasterawan Negara.
Novel setebal 240 halaman itu menimbulkan kontroversi sejak berada di pasaran. Para penulis pro-kerajaan dan pengikut setia Mahathir mengeluarkan kenyataan yang 'sinis' terhadap novel itu, dan ada di antara mereka mengesyorkan supaya buku itu ditarik balik dari pasaran dan gelaran sasterawan negara dilucutkan.
Namun Mahathir mengatakan, UMNO tidak melarang penjualan novel tersebut, kerana novel itu menunjukkan betapa 'jijik'nya mereka disebabkan rasa kebencian terhadap pemimpin tertentu tertentu, khususnya PM.
Kata pengantar novel itu menyebut: "SHIT adalah sebuah fiksi atau sebuah kisah kreatif yang dikemas sebagai komidi-satira politik dewasa ini yang mengolok-olok dan memparodikan para politikus yang sedang berkuasa kerana ketamakan mereka, kebodohan mereka, dan kegilaan mereka akan kekuasaan serta kegilaan mereka menumpuk kekayaan.''
Novel Shahnon tersebut ditulis dalam bahasa Melayu dengan judul dalam bahasa Inggeris. Tumpuan ceritanya adalah soal isi perut manusia.
Seketul najis bernama Wirawan, kerana secara tiba-tiba tersedar akan baunya, berusaha membersihkan usus besar yang berisi kotoran.
"Namun dia dihalang oleh diktator, yang menggunakan berbagai taktik kasar untuk memaksa dia keluar,'' kata penulis berusia 66 tahun itu kepada Reuters.
"Diktator ini sudah terlalu lama berada di dalam usus besar dan tidak ingin meninggalkan tempat itu, akibatnya dia menjadi makin berbau.''
Shahnon memang tidak menyebut nama Mahathir atau Anwar dalam buku itu. Namun para pembaca novel pasti memahami bahwa tokoh-tokoh dalam novel adalah keujudan tokoh sebenar.
Novel ini dipasarkan dengan harga RM15 senaskah dan mencatatkan jualan memberangsangkan. Shahnon mengatakan, sekitar 70,000 naskah novel itu telah terjual sampai semalam. Novel ini sedang diulang cetak sebanyak 30,000 naskah lagi atas permintaan ramai.
Shahnon adalah ahli PAS seumur hidup. Beliau menulis novel itu kerana merasa marah dengan peristiwa pemecatan tokoh politik pujaannya.
"Saya tidak dapat percaya semua percakapan mereka tentangnya (Anwar), khususnya yang bersangkutan soal liwat,'' katanya.
Ramai pengritik Shahnon merasa terkejut apabila sasterawan nasional itu menulis sedemikian kasar.
Mahathir pula mengatakan,"Kami tidak membaca Alquran kalau Allah menggunakan bahasa yang kasar''.
Bahasa kasar mungkin sudah dianggap biasa di Barat, kata Mahathir, tetapi beliau menambahkan, "Beberapa orang kita nampaknya ingin menjadi orang putih dan mengikuti perilaku Barat.''
Shahnon mengatakan, karyanya masih sopan dibandingkan tajuk berita suratkhabar tentang tuduhan salahlaku seks DSAI.
"Anda masih boleh menjelaskan soal diktator kepada cucu anda,'' kata si penulis yang memiliki empat anak dan 16 cucu. "Tetapi, sukar buat kita masyarakat Timur, menjelaskan erti kata liwat kepada anak-cucu kita.''
Nama yang dipakai Shahnon untuk diktator itu adalah "P*ki Mak''. Namun Shahnon mengatakan, kata P*ki Mak juga merupakan kata lain dari "shit'', menurut definisi dalam Kamus Inggeris-Melayu.
Sumber:Reuters
12 Mei, 1999