MBI SEPERTI LINTAH MENGHISAP DARAH!

Rungutan masyarakat setempat berhubung dengan tindakan Majlis Bandaraya Ipoh menaikkan cukai pintu, dalam era kegawatan sekarang diibaratkan seperti lintah darat yang kehausan darah!

Dalam alaf yang serba serbinya mahal dan harga barangan yang kian meningkat, MBI tidak seharusnya mengambil tindakan drastik menaikkan kadar cukai pintu yang sedia ada. Pada tahap sekarang, masih ramai yang belum menjelaskan cukai pintu yang dikatakan terlalu membebankan masyarakat kelas menengah dan bawahan di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan itu.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan memberitahu, bahawa beliau menerima notis yang hanya memberikan masa 12 hari untuk beliau membuat bantahan atas kenaikan yang dialaminya. Beliau mengadu dikenakan cukai pintu berjumlah RM38.40 bagi tempoh 6 bulan, kini dinaikkan kepada RM86.40 berkuatkuasa mulai 1 Mei, 1999 yang lalu merupakan kenaikan melebihi 100%. Ini merupakan satu lagi kezaliman di bawah Kerajaan BN.

Sumber:agen MR
12 Mei, 1999