ANALISA: KEMANA PERGINYA HASIL BALAK NEGERI?

Tidak ramai yang tahu bagaimana industri pembalakan berfungsi. Sesungguhnya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang juga mentadbir Jabatan Perhutanan Negeri seolah-olah menyimpan khazanah yang tidak ramai tahu, tetapi jumlah yang mahu tahu terlalu ramai.

Minda Rakyat berusaha sedaya upaya membawakan satu analisa telah dibuat berasaskan fakta yang dikumpul daripada satu sumber yang terlibat secara langsung dengan industri pembalakan di negeri ini. Perbandingan ini dibuat dengan negeri Kelantan (kerana PAS) dan Perak di tadbir dibawah Kerajaan UMNO

KELANTAN (Pas)

PERAK (Umno)

Keluasan hutan ditebang setahun 4,500 ek

Keluasan hutan ditebang setahun 10,000 ek

Jumlah premium balak dipungut RM75 juta

Jumlah premium balak dipungut RM30 juta

Cara perlaksanaan pemberian: TENDER

Cara perlaksanaan pemberian: EXCO

1 ek. premium = RM16,666.67 (berubah)

1 ek. premium = RM300 (tetap)

Kerugian 1 ekar = tiada

Kerugian 1 ekar = RM16,300

Oleh itu bagi 4,500 ekar

Oleh itu bagi 10,000 ekar

Kehilangan/kehilangan = tiada

Kehilangan l/kurang RM163,000,000

Daripada perbandingan ini bolehlah anda mengandaikan bahawa satu tahun Kerajaan Negeri Perak kerugian RM163 juta daripada konsesi balak. Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa jika jumlah tersebut masuk ke kocek TSR, sejak beliau mula menjadi MB tiga penggal lalu (15 tahun) jumlah wang yang sudah dipungutnya ialah kira-kira RM2.445 bilion.

Ini baru konsesi balak. Belum campur dengan projek mega atau pemberian tanah industri dan lain-lain. Apa yang pasti segenap projek yang hendak dijalankan mesti dimantau oleh TSR melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN).

Malahan setiap projek mesti melibatkan PKNP atau anak syarikatnya. Jadi kemana tumpahnya segala kekayaan di negeri ini selepas lombong timah kian lembap operasinya kira-kira sepuluh tahun kebelakangan. Kepada anda, analisa ini dikemukakan untuk menilai ke mana tumpahnya kuah?

Sumber: agen MR
12 Mei, 1999