ANALISA: RAKYAT MAMPU ADA RUMAH, ADA KERETA!

Di negeri Perak terdapat seramai 15,000 buah keluarga setinggan. Setiap kali ada rungutan maka kumpulan berkenaan akan menerima habuan mereka dan perkara ini senyap. Orang Melayu lain pula sikap mereka. Malu tak bertempat dan marah tak kena gaya.

Minda Rakyat sudah mengajak anda menganalisa harta negeri yang boleh diperolehi dari industri balak negeri. Perak mempunyai hutan yang kaya iaitu seluas 1 juta hektar. Apa yang menimbulkan meraguan di kalangan rakyat ialah setelah sekian lama Perak muncul sebagai negeri terkaya iaitu sejak zaman British hingga sekarang, namun tahap kemiskinan rakyat belum boleh membanggakan.

Analisa terdahulu adalah jumlah cukai tahun lalu yang anda boleh perolehi daripada laman web http://www.forestry.gov.my . Ia bukan satu andaian kerana perkara ini telah disahkan oleh seseorang yang terlibat dalam industri ini dan mahu supaya merahsiakan naman beliau.

Analisa terdahulu adalah seperti berikut:

KELANTAN (Pas)

PERAK (Umno)

Keluasan hutan ditebang setahun 4,500 ek

Keluasan hutan ditebang setahun 10,000 ek

Jumlah premium balak dipungut RM75 juta

Jumlah premium balak dipungut RM30 juta

Cara perlaksanaan pemberian: TENDER

Cara perlaksanaan pemberian: EXCO

1 ek. premium = RM16,666.67 (berubah)

1 ek. premium = RM300 (tetap)

Kerugian 1 ekar = tiada

Kerugian 1 ekar = RM16,300

Oleh itu bagi 4,500 ekar

Oleh itu bagi 10,000 ekar

Kehilangan/kehilangan = tiada

Kehilangan l/kurang RM163,000,000

Jika Perak mempunyai sebanyak 15,000 buah keluarga setinggan dengan RM163 juta setahun atau RM2.245 bilion selama tempoh TSR mentadbir negeri apakah faedah yang mereka dapati? Mari kita lihat hasilnya…

Pendapatan negeri yang dibazirkan setahun akibat polisi TSR yang memejamkan mata 'kununnya' rakyat bodoh

RM163,000,000

Pendapatan negeri dalam jumlah pemerintahan 'anak angkat' Chong Kai Chen selama 15 tahun

RM2,245,000,000

Harga rumah kos rendah ciptaan TSR sebuah

RM35,000

Kos rumah yang boleh disedekah kepada rakyat setinggan seramai 15,000 keluarga

RM525,000,000

Harga sebuah kancil 850 sekarang (termasuk aksesori dan lain-lain)

RM30,000

Jumlah kos kancil kepada 15,000 keluarga

RM450,000,000

Perbelanjaan rumah kos rendah dan sebuah kancil kepada keluarga miskin itu

RM975,000,000

Baki Hasil Negeri yang terbazir @ masuk kocek TSR dan kroni (?)

RM1,270,000,000.00

Dari jumlah di atas, TSR dan kroni masih dapat RM1.27 billion walau sudah menyelesaikan masalah 15,000 setinggan yang tiada berumah. Namun hakikatnya mereka masih mengemis. Siapakah yang mahu membela nasib mereka? Apakah 'golongan kecewa' mengikut tafsiran TSR. Sejak Maha Det Kutty mengambilalih pemerintahan Kerajaan BN di Malaysia inilah kegiatan para menterinya yang merompak dan merampas harta anak negeri.

Kepada rakyat sebenarnya harta negara ini sememangnya boleh membuatkan kita semua hidup selesa. Namun kegiatan perompak dan penyamun beberapa kerat ini, nasib kita belum berubah. Marilah kita merubah nasib ke arah yang lebih baik. Allah berfirman: 'Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendirilah yang akan mengubahnya'.

Mulakan perubahan anda dengan memastikan anda mengundi PAS dalam pilihanraya nanti. Mengapa harus PAS yang anda pilih, jawapannya pastikan anda dapat penjelasan melalui ceramah dan penerangan anjuran PAS. Kehadiran anda juga adalah satu Jihad!

HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN

MINDA RAKYAT
13 Mei, 1999