PEMERINTAHAN CEKAP ALA MAHATHIR

Dalam perasmian bangunan UMNO Negeri Selangor pagi ini, Diktator Mahathir menegaskan bahawa hanya pemerintahan yang cekap mampu mmbawa kejayaan kepada negara seperti hari ini. Sehubungan dengan kecekapan itulah maka dilihat banyak pembangunan yang berlaku. Umpamanya Bangunan UMNO Selangor yang dirasmikan di Shah Alam.

Memang terdapat banyak bangunan UMNO yang didirikan di negara ini. Hampir disetiap negeri UMNO mempunyai bangunannya sendiri. Persoalan kepada rakyat ialah bagaimana kecekapan UMNO mendapatkan wang ribuan juta malahan billion ringgit bagi membina sebuah bangunan yang langsung tidak membawa faedah kepada rakyat miskin.

Apakah MahaFiraun Malaysia hari ini sedang mengikuti jejak langkah Firaun yang membina piramid-piramid hanya untuk menempatkan harta-hartanya yang dimiliki secara rampasan dan rompakan itu?

Minda Rakyat melihat kecekapan UMNO sebenarnya ialah melakukan penyelewengan harta negara supaya menjadi milik UMNO, pemimpin negara dan kroni-kroni mereka. Bangunan yang besar tinggi melangit, anihnya rakyat yang miskin terus kelaparan dan tiada perlindungan dari panan dan hujan.

MINDA RAKYAT
13 Mei, 1999