JANGAN SALAHKAN ANAK JIKA PEMIMPIN DIBENCI
Kebencian adalah sifat anugerah Allah. Kebencian datang setelah segala kerinduan dan kasih sayang dinodai. Apalagi apabila amanah bertukar menjadi pecah amanah. Tempat bergantung dan berlindung menjadi tempat 'menggantung rakyat' dan melakukan segala macam kezaliman hingga akhirnya tiada lagi kasih ayang yang tinggal lalu kebencian yang menguasai diri.
Jika kita tidak mahu dibenci sewajarnya kita kembali kepada matlamat perjuangan yang sebenarnya. Dan kita tidak seharusnya menyalahkan orang lain membenci kita atas kecurangan dan kezaliman kita selaku rakan, taulan, apalagi jika kita adalah pemimpin yang merupakan tempat mereka bergantung.
Dalam ucapannya pagi ini Diktator Mahathir menyelar segolongan rakyat yang ‘kununnya’ mengajar anak-anak membenci pemimpin UMNO. Sewajarnya kita bertanya diri sendiri, apakah sumbangan kita kepada rakyat yang telah memilih kita semasa proses pilihanraya lalu. Jangan asyik bertanya apakah ‘sumbangan rakyat kepada negara’ hingga akhirnya membawa kebencian mereka kepada pemimpinnya.
Anak-anak wajarlah diberitahu, mana satu yang benar dan palsu!!
MINDA RAKYAT
13 Mei 1999