PAS PATUT BERJUANG BERSENDIRIAN

Pas sepatutnya belajar dari kesilapan sendiri. Sejak tersingkir dalam tahun 1978 setelah berkompromi dengan UMNO, PAS masih mahu mencuba berkompromi dengan parti pembangkang yang lain dan yang terakhir dengan Semangat 46 lima tahun yang lalu.

Saranan ini disuarakan oleh aktivis PAS negeri Perak Tuan Hj. Daniel kepada agen MR.

"Kita bimbang PAS akan diperdayakan lagi", ujar beliau.

"Pengalaman lalu menyebabkan PAS tinggal dua ‘batu nisan’ iaitu dua kerusi Parlimen dan 2 kerusi ADUN di Kelantan pada pilihanraya tahun 1970’an".

"Sewajarnyalah PAS belajar dari kesilapan supaya tidak dipermainkan oleh parti pembangkang yang lain. PAS sudah membuktikan bahawa mereka mampu berkembang dengan baik jika bersendirian. Negeri Kelantan adalah bukti kemampuan PAS berjuang tanpa bantuan parti lain".

Aktivis PAS itu menyuarakan kompromi hanya sesuai selepas pilihanraya dan pada masa itu kita akan membentuk sebuah Kerajaan yang mentauhidkan sistem anjuran Islam. Beliau bagaimana pun menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadinya yang pernah disuarakanya terdahulu dan mendapat bantahan beberapa pucuk pimpinan PAS sendiri.

Sumber: agen MR
13 Mei, 1999