PENDUDUK CHEMOR SETUJU BANTAH PEMAJU

Minda Rakyat menerima maklumat bahawa penduduk Kg. Che Zainal, Chemor, bersetuju untuk membantah tindakan pemaju perumahan Tanah Hitam yang baru iaitu Pembangunan Sinar HKS Bhd daripada membina sistem peparitan yang akan melalui tanah penduduk kampong berkenaan.

Pelan sistem peparitan yang berkenaan sudah dimajukan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Kinta/Batang Padang untuk kelulusan. Walau bagaimana pun permohonan tersebut masih dalam penelitian dan pertimbangan pihak JPS Kinta/Batang Padang.

Para penduduk bersepakat mahu pihak JPS dan PTG Perak supaya mengalihkan parit yang bakal dibina ke laluan lain atau membatalkan sahaja projek perumahan tersebut.

Sumber: agen MR
13 Mei 1999