APAKAH PERANAN AZIDA NS DALAM UMNO?

Ramai mengetahui juruhebah terkenal Ainol Jamal Zainal atau nama pena AZIDA NS. Namun tak ramai yang mengetahui apakah peranan beliau hingga kerana keceluparan mulut beliau, maka beliau pernah di'band' sedikit masa lalu.

Sumber yang dipercayai memberitahu bahawa Ainol Jamal akan berkumandang diradio anda dalam pelbagai siaran samada Radio Satu atau Radio Tiga yang bertujuan turut berkempen mengenai agenda UMNO iaitu 'pembangunan' dan 'keamanan'. Kemunculan beliau adalah terutamanya menjelang pilihanraya dengan pelbagai rancangan menarik.

Sebelum ini Ainol Jamal telah memainkan peranannya dan beliau nyata dapat mempengaruhi golongan wanita terutama yang masih remaja dan akhir remaja supaya minda mereka dapat di'clone'kan mengikut agenda diktator Mahathir di bawah pengawasan 'Mat Bulat

Anda adalah dinasihatkan supaya mengawasi anak-anak remaja supaya jangan leka dengan pelbagai rancangan hiburan dan lagu-lagu yang menarik disediakan oleh siaran radio murahan MahaDet.

Sumber: Mat Kesat
14 Mei, 1999