GARA-GARA BENDERA, BN JANGAN MAIN KASAR!
Biar pun Rafidah Aziz telah menegaskan bahawa BN bukan parti kibaran bendera, namun kejadian yang hampir mencetuskan insiden yang tidak diingini di Brickfields dua hari lalu jelas membayangkan bahawa BN sebenarnya dibayangi oleh kekuatan parti-parti lawan.
Bilangan kibaran panji-panji parti pembangkang menjelaskan kepada kita rakyat Malaysia fobia BN terhadap kekalahan, sekalipun pertandingan mengibar bendera itu tidak menjanjikan perubahan kerajaan.
Persaingan antara penyokong dua parti yang penoh emosi tidak dapat dibendung apabila mereka telah hampir mencetuskan pergaduhan tidak diingin, setelah kedua penyokong parti BN dan parti pembangkang berkenaan kerana berebut mengibarkan bendera parti masing-masing.
Kejadian ini sebenarnya menjelaskan kepada kita akan berlaku sesuatu yang lebih buruk, seandainya keputusan pilihanraya umum nanti tidak memihak kepada BN.
MINDA RAKYAT
14 Mei, 1999