UNIT BERTINDAK INTERNET PEMUDA UMNO BERTINDAK LAGI

Untuk kesekian kalinya, beberapa usaha untuk mengubahsuai serta melakukan propaganda Pro BN telah dilakukan dalam tempoh terdekat ini. Unit Bertindak Internet Pemuda UMNO telah mendapat sokongan padu daripada kepimpinan Majlis Tertinggi untuk melakukan satu gerakan propaganda bersepadu yang menggunakan Internet sebagai medium utamanya.

Ketua Unit ini iaitu Sdr Zein Isma telah diarahkan menyediakan satu kertas cadangan menangani kesan internet terhadap pemikiran golongan rakyat yang berumur 40 tahun kebawah. Kertas cadangan ini akan menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh Barisan Nasional (terutamanya UMNO) dari segi kekuatan menarik sokongan rakyat (pemuda). Majlis Tertinggi UMNO telah menyediakan satu dana yang agak besar kepada unit ini untuk melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan propaganda. Unit ini juga telah diarahkan untuk mensabotaj beberapa laman web yang lantang melapurkan kepincangan Kerajaan Barisan Nasional.

Baru-baru ini Unit Bertindak Internet Pemuda UMNO telah melakukan beberapa siri pemantauan terhadap beberapa laman web Reformasi didalam usaha mereka membuat 'counter attack' terhadap pemikiran rakyat. Ketua Perusuh telah mendapati bahawa beberapa bahan yang kononnya diambil daripada Laman Web Mahazalim telah diubahsuai dan diletakkan dibeberapa masjid di ibu negara.

Kertas-kertas fotostat ini didapati mengandungi beberapa unsur fitnah dan juga berbaur perkauman.

Ketua Perusuh (http://members.xoom.com/ketuaperusuh) juga telah berjaya memintas beberapa siri pencerobohan maklumat di beberapa laman web Reformasi yang mana didasarkan kepada satu nombor IP (202.188.0.3 @ brf-backbone01-ether0-0.tm.net.my) yang mana nombor IP ini tidak 'valid' untuk pengguna internet. Pihak Ketua Perusuh sedang giat melakukan usaha menjejak 'culprit' ini didalam usaha untuk menyelamatkan gerakan reformasi daripada disabotaj.

Percubaan sabotaj terhadap maklumat dari internet telah dikesan oleh beberapa reformis di seluruh negara. Setakat ini kebanyakan maklumat yang telah diubahsui tersebut datangnya daripada dua laman web reformasi utama iaitu Laman Reformasi Mahazalim dan juga Laman Reformasi Nasional (RN). Laman reformasi Minda Rakyat juga telah didapati digunakan namanya pada beberapa artikel pro BN yang berkemungkinan besar dilakukan oleh talibarut kerajaan.

Ketua Perusuh juga mendapati beberapa kakitangan bahagian pentadbiran jabatan kerajaan telah ditambah dengan kakitangan baru yang nampak mencurigakan.

Pihak Polis dengan bantuan Unit Bertindak Internet Pemuda UMNO telah melakukan pemantauan digital terhadap para pengguna akaun internet di Malaysia. Semua maklumat yang berkaitan dengan reformasi mahupun pro pembangkang akan disaring dan dianalisa. Para pengguna internet diMalaysia sekali lagi terdedah kepada bahaya pencerobohan terhadap 'privacy' mereka.

Adalah diharapkan agar para reformis bersedia untuk menghadapi pemantauan yang lebih 'global' dalam masa yang terdekat ini. Beberapa usaha memerangkap para reformis dengan menyamar sebagai sahabat seperjuangan telah dilihat dilakukan terhadap beberapa reformis 'hardcore'. Malah cubaan untuk berkenalan telah dilakukan setelah mendapat kepercayaan para reformis. Untuk pengetahuan semua reformis, keujudan 'cache server' yang disediakan oleh JARING memungkinkan cubaan mengenalpasti para reformis dapat dijalankan.

Untuk semua pengguna Jaring sekitar KL, anda adalah dinasihatkan menggunakan proxy luar. Ini kerana MIMOS di Bukit Jalil telah menyediakan 4 server 'cache' bertujuan untuk mempercepatkan proses penggunaan internet dan memungkinkan proses pemantauan internet. Oleh yang demikian, silalah berhati-hati.

Server 1: bkj-cache80.jaring.my (161.142.78.80)
Server 2: bkj-cache81.jaring.my (161.142.78.81)
Server 3: bkj-cache82.jaring.my (161.142.78.82)
Server 4: bkj-cache83.jaring.my (161.142.78.82)

Oleh yang demikian para reformis adalah digalakkan menggunakan beberapa pelayan 'anonymous' yang terdapat di internet sebagai langkah menghilangkan jejak anda. Pelayan-pelayan internet ini ialah.

1. Anonymizer (http://www.anonymizer.com)
2. IDZap (http://www.idzap.com)
3. PassThrough (http://www.passthrough.com)

Semoga dengan pengaruh internet dapat kita (reformis) membuka minda rakyat semua terhadap kepincangan Kerajaan Barisan Nasional dan akhirnya kita akan dapat menumbangkan Barisan Nasional. Sudah sekian lama kita dibelenggu masalah kepimpinan (lebih 40 tahun), maka sewajarnya kita melakukan perubahan.

Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)
http://members.xoom.com/ketuaperusuh