RAKYAT BERHIMPUN TANDA BANTAHAN
Sekumpulan rakyat negeri Perak berhimpun di perkarangan Bangunan Sri Perak Darul Ridzuan pagi ini. Mereka terdiri dari sebahagian penduduk setinggan yang terus terpinggir di arus kemajuan negeri ini kerana masih belum memiliki hakmilik sebagaimana dalam tuntutan mereka.
Sumber memberitahu wakil perkumpulan itu meminta bertemu dengan 'Ramli Marcos' bagi tujuan meminta kepastian tentang nasib mereka di masa hadapan. Sumber tidak pula menyebut samada wakil berkenaan berjaya bertemu dengan Ramli Marcos atau sebaliknya.
Bagaimana pun sekumpulan pegawai polis telah dikejarkan ke perkarangan Bangunan Seri Perak untuk mengawal keadaan. Para pengawal keselamatan bangunan berkenaan segera menutup pintu pagar dan menguncinya demi mengelakkan kumpulan demonmtrasi bergerak masuk ke dalam kawasan Bangunan Sri Perak.
Tidak diketahui juga samada Ramli Marcos ada di pejabatnya pagi ini. Kumpulan demontrasi ini majoritinya adalah dari kaum India. Kira-kira seramai 150 orang menyertai perhimpunan itu yang bermula jam 10.25 pagi dan berakhir kira-kira 1 jam kemudian kerana campurtangan polis yang meminta mereka bersurai.
Bantahan ini merupakan kedua kalinya dalam tempoh 6 bulan kebelakangan. November tahun lalu, kira-kira 250 orang penduduk setinggan berkumpul di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap MB Perak Ramli Marcos dan Pengarah Tanah dan Galian Dato' Samad Sabri. Mereka juga menamakan Najri Abdul Hamid sebagai pegawai yang bertanggungjawab dan mendesak beliau meletakkan jawatannya kerana gagal menangani isu setinggan di Lembah Kinta.
Sumber: agen MR
15 Mei, 1999