MENGAPA RAMLI DISIFATKAN 'MARCOS'
Minda Rakyat secara rasmi menganugerahkan gelaran 'Marcos' kepada Tan Sri Ramli sebagai mengenang jasa beliau dalam melakukan rampasan dan rompakan harta negeri kebanyakannya melalui desakan isterinya Puan Sri Raja Norasyikin, selaku Imelda Marcos.
Ramli Marcos yang diketahui diawal pemerintahannya, sebagai 'burung belatuk' dan orang suruhan isterinya yang merupakan 'Queen Qontrol' kepada beliau, akhir-akhir ini didapati begitu 'rakus' dalam melaksanakan rompakan harta negeri melalui pemberian tanah kepada anak syarikat PKNP (Perampas Kekayaan Negeri Perak) dan pemberian konsesi balak kepada kroni-kroninya dengan kadar premium konsesi yang amat rendah pada kadar yang sewajarnya.
Sebagaimana semua maklum Filipinan di bawah regim Marcos dahulu menghimpun kekayaan melalui telunjuk isterinya Imelda Marcos hingga akhirnya harta-harta tersebut kemudiannya dilelong kerana terlampau banyak jumlahnya hingga tidak mampu untuk diselenggarakan. Imelda Marcos juga disifatkan sebagai tidak pernah memakai pakaiannya sehingga dua kali. Khazanah pakaian dan pakaian dalamnya dilelong kerana terlalu banyak untuk disimpan.
Perkara ini tidak keterlaluan jika dikatakan akan berulang di negeri Perak, apabila MB yang paling pendiam dalam Kerajaan Regim MahaFiraun2020, sudah mengumpul harta melalui kekuasaannya atas desakan isterinya.
Minda Rakyat dari masa ke semasa akan mendedahkan lebih banyak penyelewengan oleh Ramli Marcos untuk tatapan rakyat yang dahagakan maklumat mengenai beliau. MR juga menyeru rakyat negeri ini supaya jangan bimbang untuk memilih Kerajaan Altrernatif supaya masa hadapan generasi anak negeri lebih terjamin dan terpelihara.
MINDA RAKYAT
15 Mei, 1999