RAKYAT TERKEJUT KEPUTUSAN 'ANALISA MR'

Beberapa e-mail dan pandangan langsung yang diterima menyatakan pelbagai reaksi mereka berhubung isu 'analisa cukai yang tidak dikutip' melalui pemberian konsesi balak yang dipaparkan melalui laman web ini beberapa hari lalu.

Sebilangan rakyat menyatakan rasa 'terkejut' kerana tidak menjangkakan negeri Perak begitu kaya dengan hasil mahsyulnya selepas kejatuhan harga timah lewat 1980'an. Industri itu terus merudum pada awal 1990'an dan hampir tiada lagi sebuah lombong timah dalam tahun 1993 hingga sekarang yang aktif dengan perlombongannya.

Beberapa buah kilang amang yang masih aktif di Kampar dan Tapah mendakwa mereka juga sudah tidak memerlukan pekerja lagi dan hanya memproses sisa bekalan yang masih tinggal.

Bagaimana pun ekonomi negeri Perak sepatutnya bertahan dengan industri perkayuan yang sentiasa aktif secara 'tersembunyi'. Malahan tidak ramai tahun bagaimana industri pembalakan negara berfungsi melainkan ianya di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama.

Sebilangan rakyat lain menyatakan bahawa walau pun mereka tidak arif dengan industri balak, tetapi cukup sedar dengan penyelewengan yang berlaku dalam industri itu yang hanya dikuasai oleh golongan minoriti yang mempunyai hubungan yang erat dengan pemimpin politik negeri ini.

Minda Rakyat cuba membawakan isu ini ke dalam perbincangan rakyat dengan links terus ke laman web negeri Perak, tetapi dukacita tidak dapat dibuka sejak sekian lama kerana ia mengalami 'down server'. Sesiapa sahaja boleh mencuba melalui http://www.perak.gov.my dan saksikan sendiri bagaimana kutipan hasil yang diperolehi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak dalam tahun kebelakangan.

MINDA RAKYAT
15 Mei, 1999