Analisa kajian Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia akan dipaparkan kemudian daripada seorang yang terlibat secara sepenuhmasa dengan inudstri pembalakan negara. Tunggu ….
SUMBER HUTAN
Pada jangkamasa Januari – Jun 1998, jumlah kawasan yang dibuka untuk pengusahasilan di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 43.6 ribu hektar, penurunan sebanyak 38.0% jika dibandingkan pada jangkamasa yang sama dalam tahun 1997.
Dari jumlah tersebut, 19.7 (45.2%) ribu hektar adalah Hutan Simpanan Kekal (HSK), 16.5 ribu hektar adalah Tanah Kerajaan dan 7.4 (17.0%) ribu hektar adalah Tanah Berimilik.
Kawasan-kawasan yang dibuka untuk pengusahasilan dengan pemberian sebanyak 131 lesen di bawah HSK meningkat sebanyak 33.2%, manakala di bawah Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik masing-masing menurun sebanyak 54.1% dan 62.2%, jika dibandingkan dengan tahun 1997.
Kawasan-kawasan yang dibuka untuk pengusahasilan dalam HSK di bawah catuan tebangan tahunan dan penubuhan ladang-ladang hutan adalah masing-masing 1,132 hektar dan 1,353 hektar. Kawasan yang dibuka untuk penubuhan ladang hutan adalah di negeri Selangor. Tiada
kawasan yang dibuka untuk tujuan pembangunan semasa tahun dalam kajian. Kebanyakan kawasan yang dibuka untuk pengusahasilan adalah dari negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, iaitu Terengganu (12,642 hektar), Kelantan (10,727 hektar) dan Pahang (9,640 hektar). Tiada kawasan yang dibuka untuk pengusahasilan di Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan.
KAWASAN DIBUKA UNTUK PENGUSAHASILAN MENGIKUT NEGERI,
JANUARI - JUN 1998, SEMENANJUNG MALAYSIA
Pengeluaran kayu balak menurun dari 4.36 juta meter padu pada jangkamasa Januari – Jun 1997 kepada 2.92 juta meter padu pada jangkamasa yang sama tahun 1998, menunjukkan penurunan sebanyak 33.0%. Pengeluaran balak kecil adalah merupakan 18.8% (0.55 juta meter padu) daripada jumlah pengeluaran kayu balak. Pengeluaran balak kecil menurun 32.1% jika dibandingkan dengan balak besar yang menurun sebanyak 33.2%.
PENGELUARAN KAYU BALAK, JANUARI – JUN 1997 & 1998,
SEMENANJUNG MALAYSIA
Kayu Balak
|
Januari – Jun |
||
1998 |
1997 |
% perubahan |
|
Kecil |
549,299 |
808,960 |
- 32.1 |
Besar |
2,370,558 |
3,547,296 |
- 33.2 |
JUMLAH |
2,919,857 |
4,356,256 |
- 33.0 |
Kebanyakan pengeluaran balak kecil datangnya dari Pahang (47.4%), Terengganu (23.5%), Perak (16.1%), Johor (11.7%) dan Kedah (1.4%).
PENGELUARAN KAYU BALAK MENGIKUT NEGERI,
JANUARI - JUN 1998, SEMENANJUNG MALAYSIA
Pengeluaran kayu balak dari negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu mengeluarkan lebih kurang 76.8% daripada jumlah pengeluaran semasa tahun dalam kajian.
Pada masa yang sama, pengeluaran kayu balak dari Hutan Simpanan Kekal (HSK) ialah 1.71 (58.6%) juta meter padu; Tanah Kerajaan, 1.03 (35.3%) juta meter padu dan Tanah Berimilik, 0.18 (6.1%) juta meter padu. Pengeluaran kayu balak mengikut klasifikasi hutan iaitu HSK, Tanah Kerajaan dan Tanah Berimilik menunjukkan kejatuhan masing-masing sebanyak 24.3%, 37.3% dan 60.3% berbanding dengan masa yang sama dalam tahun 1997.
PENGELUARAN KAYU BALAK MENGIKUT KLASIFIKASI HUTAN,
JANUARI - JUN 1997 & 1998, SEMENANJUNG MALAYSIA
Kayu Balak |
Januari – Jun |
||
1998 |
1997 |
% perubahan |
|
HSK |
1,710,405 |
2,260,638 |
- 24.3 |
Tanah Kerajaan |
1,644,848 |
- 37.3 |
|
Tanah Berimilik |
179,067 |
450,770 |
- 60.3 |
JUMLAH |
2,919,857 |
4,356,256 |
- 33.0 |
Jumlah kutipan cukai daripada pengeluaran kayu balak untuk tahun dalam kajian (Jan - Jun 1998) ialah sebanyak RM 48.1 juta yang mana RM 42.5 juta adalah dari pengeluaran balak besar manakala selebihnya RM 5.5 juta adalah dari balak kecil.
Pecahan kutipan cukai dari pengeluaran kayu balak mengikut klasifikasi hutan ialah RM 32.7 juta (HSK), RM 13.6 juta (Tanah Kerajaan) dan RM 1.81 juta (Tanah Berimilik).
KUTIPAN ROYALTI DARI KAYU BALAK MENGIKUT NEGERI,
JANUARI – JUN 1998, SEMENANJUNG MALAYSIA
Negeri
|
Jenis Hutan (RM) |
|||
HSK |
Tanah Kerajaan |
Tanah Berimilik |
JUMLAH |
|
Johor |
2,651,071 |
1,116,529 |
160,601 |
3,928,201 |
Kedah |
2,889,030 |
154,315 |
118,463 |
3,161,808 |
Kelantan |
3,972,184 |
5,296,168 |
538,628 |
9,806,980 |
Melaka |
82,516 |
72,165 |
0 |
154,681 |
N. Sembilan |
417,451 |
229,683 |
71783 |
718,917 |
Pahang |
7,769,590 |
3,099,259 |
602,028 |
11,470,877 |
P. Pinang |
0 |
0 |
0 |
0 |
Perak |
10,692,077 |
2,860,469 |
67,962 |
13,620,508 |
Perlis |
0 |
0 |
147 |
147 |
Selangor |
212,340 |
22,980 |
22,037 |
257,356 |
Terengganu |
3,985,839 |
738,239 |
227,408 |
4,951,486 |
W. Persekutuan |
0 |
0 |
0 |
0 |
JUMLAH |
32,672,098 |
13,589,807 |
1,809,056 |
48,070,961 |
Pengeluaran kayu balak bulanan dari Januari – Jun 1998 menunjukkan peningkatan dari 336,810 meter padu pada bulan Januari kepada 755,183 meter padu pada bulan Mac, sebelum menurun dari 575,963 meter padu pada bulan April kepada 290,090 meter padu pada bulan Jun. Pengeluaran kayu balak untuk bulan Februari 1998 menunjukkan peningkatan yang tinggi iaitu 42.1% jika dibandingkan dengan bulan yang sama tahun 1997, manakala bulan Januari merekodkan penurunan yang terbanyak iaitu 65.7%.
PENGELUARAN KAYU BALAK MENGIKUT BULAN,
JANUARI – JUN 1997 & 1998, SEMENANJUNG MALAYSIA
Bulan |
Januari – Jun (meter padu) |
||||||
Kecil |
Besar |
Jumlah |
Kecil |
Besar |
Jumlah |
% 98/97 |
|
Januari |
84,769 |
252,041 |
336,810 |
177,138 |
803,366 |
980,505 |
- 65.7 |
Februari |
102,495 |
370,344 |
472,839 |
57,195 |
275,633 |
332,828 |
- 42.1 |
Mac |
145,576 |
609,607 |
755,183 |
159,610 |
753,417 |
913,027 |
- 17.3 |
April |
99,015 |
476,948 |
575,963 |
121,209 |
529,885 |
651,094 |
- 11.5 |
Mei |
68,596 |
420,376 |
488,972 |
159,455 |
615,832 |
775,287 |
- 36.9 |
Jun |
48,848 |
241,242 |
290,090 |
134,353 |
569,163 |
703,515 |
- 58.8 |
JUMLAH |
549,299 |
2,370,558 |
2,919,857 |
808,960 |
3,547,296 |
4,356,256 |
- 33.0 |
Pada umumnya, harga purata kayu balak domestik untuk spesis yang utama pada bulan Jun, 1998 di Semenanjung Malaysia menurun di antara 3.1% - 24.8% jika dibandingkan pada bulan yang sama tahun 1997.
Catatan yang tertinggi adalah dari Kempas (- 24.8%) diikuti oleh Balau Merah (- 22.3%), Mersawa (- 20.0%) dan Merbau (- 19.8% ).
Sektor pembalakan telah menyumbangkan pekerjaan kepada 6,949 (59.4%) pekerja bumiputra dan 4,759 (40.6%) pekerja bukan bumiputra dan pada keseluruhannya berjumlah sebanyak 11,708 pekerja.