MENGAPA PINTU PAGAR RUMAH KEDIAMAN RAMLI MARCOS DIUBAH?

Ramli Marcos memegang jawatan MB selepas 'Pak Wan' (Wan Mohamad Wan Teh). Beliau yang menduduki ADUN Kg. Gajah mencari ide bagaimana mahu mendapatkan kuasa kerana beliau telah dapat 'restu' daripada Diktator Mahathir.

Beliau telah mendapat ide bagaimana diktator Mahathir 'merampas kuasa' iaitu dengan mendesak Tun Hussein Onn meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Tetapi Pak Wan sihat walafiat. Jadi bagaimana?

Jadi beliau telah menemui seorang bomoh yang handal di Indonesia untuk mencapai tujuannya. Akhirnya beliau mengupah seorang 'sb'nya untuk menanam tangkal yang diperolehi daripada bomoh tersebut di pintu masuk/keluar rumah kediaman resmi Pak Wan (juga kediaman rasmi beliau sekarang).

Waktu itu pintu masuk/keluar mengadap arah barat (menghadap ke Sekolah China di Jalan Sultan Idris Shah). Selepas mencapai cita-citanya (menjadi MB), tindakan Ramli Marcos yang mula-mula sekali ialah menukarkan pintu masuk/keluar kediaman rasmi tersebut menghadap Jalan Tambun (menghadap arah timur). Ini adalah untuk mengelakkan beliau dari terlangkah tangkal yang sudah ditanam di kawasan pintu masuk.Kejadian ini berlaku sewaktu beliau mula menjawat jawatan MB tiga penggal lalu.

Sumber: Bekas SB
16 Mei, 1999