RAMLI MARCOS DIMINTA BERHENTI

Minda Rakyat menerima maklumat bahawa Ramli Marcos sebenarnya sudah 3 kali menerima surat daripada Diktator Mahathir meminta beliau berundur dari kerusi Menteri Besar Perak. Namun beliau juga dipelawa oleh Kerajaan Regim Mahathir untuk menjadi Menteri Persekutuan dengan syarat beliau memenangi kerusi Parlimen.

Tetapi Ramli Marcos 'degil' dan angkuh juga kepada bosnya si Maha Firaun itu. Tetapi Mahafiraun itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana Ramli Marcos adalah di kalangan 'team B' iaitu orang kuat Anwar.

Kali ini DSAI sudah tidak dapat berbuat apa-apa mempertahankan perkara ini, atas angkara Mahafiraun. Maka 'gelak sakanlah' si Mahafiraun kerana cita-citanya mahu memberhentikan si Ramli Marcos akan menjadi nyata.

Namun Ramli Marcos tidak berputus asa dan sedang 'berkompromi' dengan beberapa orang Ahli Parlimen untuk menggantikan tempat mereka. Tetapi siapakah yang mahu mengalah?

Sumber: agen MR
16 Mei, 1999