KETUA UMNO CAWANGAN DIMALUKAN!

Dalam menangkis perkembangan keahlian PAS di Kg. Kuala Pari, Ketua Cawangan UMNO Kg. Kuala Pari, En. Mohd Zin b. Hj. Mukmin telah menjemput Ustaz Hassan Basri yang merupakan pensyarah sebuah maktab perguruan di Ipoh sebagai mengimbangi ceramah ugama oleh Ustaz Kezim Elias selaku Ketua PAS Cawangan Kuala Pari yang sering mendapat sambutan hangat.

Dalam ucapan alu-aluannya En. Mohd Zin selaku pengerusi majlis menerangkan perpecahan yang berlaku dalam kampong tersebut 'kununnya' akibat aktiviti parti pembangkang. Katanya di kampong tersebut masyarakat sudah berpecah belah dan perpaduan kian getir. Isu fitnah juga dibangkitkan oleh pengerusi majlis untuk makluman Ustaz Hassan Basri selaku penceramah undangan.

Namun dalam ceramahnya lebih 1 jam itu, Ustaz Hassan Basr menegaskan bahawa sekiranya seseorang guru ugama itu menyampaikan perkataan benar dengan bacaan firman Allah dan Hadis Nabi iainya tidak boleh disangkal. Hukum orang menyangkal firman Allah dan hadis nabi adalah murtad. Pada kebiasaannya orang yang tiada pegangan ugamalah yang sering menolak hadis dan firman Allah.

Menyedari bahawa langkahnya memanggil ustaz tersebut telah lebih memalukan beliau, pengerusi majlis mengundur diri lebih awal iaitu sebelum ceramah berakhir. Peristiwa ini disaksikan oleh penduduk Kg. Kuala Pari pada 7 Mei, 1999 di Masjid Sultan Idris Shah, Kg. Kuala Pari.

Sumber: agen MR
17 Mei, 1999