MEMAHAMI STRATEGI PERJUANGAN!
Minda Rakyat ingin mengajak anda memahami erti perjuangan sebenarnya. Perjuangan ini hendaklah kita mulakan dengan niat berjihad. Yakni untuk mendapatkan keredhoan Allah. Sesungguhnya perjuangan ini bermula atas kesedaran dan keinsafan terhadap kezaliman yang berlaku sesama manusia dan pengingkaran akan hukum-hukum Allah.
Kewajipan berjihad tersebut dalam Al-Quran yang menjadi pegangan dan petunjuk bagi orang mukmin dan mukminin. Lantaran dalam Islam sendiri mempunyai berbagai golongan seperti perbandingan Allah dalam kitabnya. Ada mukmin sejati, fasik, munafiqin dan lain-lain.
Justeru itu tidak sama antara orang Islam itu sendiri mengikut golongan yang Allah telah tetapkan antara sesama mereka. Manakan sama orang fasik dan munafik dengan orang mukmin, padahal yang fasik dan munafik itu juga Islam!
Kepada orang mukmin, kitab Allah menjadi panduan dan ayat Allah menjadi mainan dibibir. Firman Allah menjadi pedoman dan petunjuk dalam apa jua bentuk tindakannya. Sebaliknya kepada golongan yang selain mukmin (fasik, munafik dsbg) melihat ayat-ayat Allah sebagai satu kebesaran dan pengagongan di mulut tetapi mereka tidak pernah berazam untuk melaksanakannya samada di hati apalagi mahu menjadi amalan mereka sehari-hari.
Apabila berlaku keadaan semacam ini seperti yang wujud di hari ini, maka umat Islam diwajibkan berjihad untuk membela kebenaran ayat Allah dan menghapuskan kezaliman. Allah berfirman dalam surah An Nisaa' ayat 95 bermaksud:
"Tidak sama antara mu'min yang duduk (yang tidak berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu darjat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang jihad atas orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar, (iaitu) beberapa darjat daripadaNya, ampunan serta rahmat. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang"
Masakan sama orang-orang yang terus leka dengan kefasikan dan kemunafikan nya berbanding dengan orang mukmin. Kepada orang mukmin ayat-ayat Allah amat diperlukan sebagai panduan mereka menjalani hidup di muka bumi ini. Apa jua urusan mereka sandarkan kepada hukum-hukum Allah, bukan mengikut hawa nafsu serakah mereka hingga mencabuli perintah Allah, melakukan kezaliman dan ketidakadilan dan tidak teragak-agak merampas harta dan hakmilik empunya orang lain untuk dijadikan harta sendiri.
Dalam mencari panduan orang mukim berpergang kepada firman Allah dalam surah An Nisaa' ayat 105 bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi pembela (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang-orang yang khianat"
Allah memerintahkan orang mukmin membela sesama mereka dalam menegakkan hukum Allah. Apalagi jika segolongan manusia mukmin ingin mencari keredaan Allah dengan mengajak manusia ke jalan Allah, menerima dan menghayati Islam sebagai ad-din dan berazam menegakkan hukum Allah di muka bumi, maka kita perlu membela mereka. Mereka yang berjihad mencari kebenaran dan yang berjuang menghapuskan kezaliman perlu dibela.
Larangan Allah ialah membela orang-orang yang seringkali mengkhianati dirinya yakni yang gagal menyempurnakan titah perintah Allah. Seterusnya Allah mengingatkan dalam surah An Nisaa' ayat 107 bermaksud:
"Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa."
Dari dulu hingga ke alaf baru ini hanya PAS satu-satunya parti yang memperjuangkan agar tertegaklah hukum Allah di bumi ini. Lantaran itu kita mesti sokong perjuangan PAS. Kita berkewajipan menyokong orang-orang yang meletakkan agama Allah ditempatnya. Dan kita sebenarnya berkewajipan untuk sama-sama berjuang menegakkan hukum Allah dan sistem pentadbiran yang mentauhidkan Allah.
Kita perlu sedar bahawa atas sifat kelekaan kita selama ini telah memberikan ruang kepada orang Islam munafik dan fasik mengatur kehidupan kita hingga mencabuli sifat kemanusiaan sejati dengan amalan kufur dan dibenci Allah. Mereka sanggup menolak hukum Allah, mereka hinakan para ulama dan mereka lakukan apa sahaja untuk mencapai hasrat di hati walau pun sanggup memfitnah sesama mereka.
Mulai hari ini marilah kita berazam meninggalkan segala thagut dan kemungkaran. Kita bersama hapuskan kezaliman, ketidakadilan yang telah dipelopori oleh UMNO selama 42 tahun berkuasa di negara ini. Perbuatan mereka sebenarnya bukan bertuhankan Allah, tetapi bertuhankan nafsu dan kebendaan, walau mulut mereka seringkali menafikannya.
Akhirnya marilah kita teruskan perjuangan ini hingga tertegaklah hukum Allah dan terhapuslah jahiliyyah (sistem selain mentauhidkan Allah) kerana sudah terbukti amalan sistem thagut ini mendatangkan musibah dan malapetaka kepada kehidupan kita. Selagi kita enggan dan kufur terhadap perintah Allah, selagi itulah segala malapetaka tidak akan terlepas dari menyiksa kita.
Hendaknya kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan bukannya berdalih dengan seribu alasan untuk menerimanya yang memungkinkan kita gugur dari takrifan mukmin lalu jatuh kepada sifat fasik atau munafik!
Wallahua'lam
HAPUSKAN PENYELEWENGAN, TEGAKKAN KEADILAN
UNDILAH PAS!!!
MINDA RAKYAT
18 Mei, 1999