SATU LAGI CAWANGAN UMNO BERKUBUR!

Minda Rakyat menerima maklumat bahawa dengan tertubuhnya PAS Cawangan Kg. Kuang lebih sebulan lalu, maka berkuburlah UMNO Cawangan kampong tersebut yang berada di bawah Parlimen Tambun.

Penaja penubuhan PAS Cawangan Kg. Kuang ialah setiausaha cawangan UMNO kampong tersebut yang sudah mufaraqah dengan perjuangan UMNO dan mahu turut berjuang dalam PAS. Kesebelasan AJK UMNO cawangan Kg. Kuang sudah mengisi borang keahlian PAS dan ianya dalam proses penerimaan dan insyaAllah akan diluluskan. Hanya yang masih tinggal ialah Pengerusi Cawangan yang masih mahu berpegang kepada perjuangan thagut UMNO.

Minda Rakyat juga mendapat tahu bahawa YB Husni Hanadzlah seringkali berulang alik ke kampong tersebut untuk mengajak mereka kembali kepada UMNO. Namun hasrat beliau tidak diindahkan oleh orang-orang kampong yang insaf dan sedar bahawa menyertai UMNO hanya bersekongkol dengan kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah.

Minda Rakyat menyeru lebih ramai lagi rakyat negeri ini menyertai PAS secara perjuangan bersama agar runtuh segala kezaliman dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan BN. Katakan kepada UMNO bahawa 42 tahun adalah masa yang terlalu lama untuk berdalih dalam apa jua urusan.

Sumber: agen MR
18 Mei, 1999