SIAPA YANG PERLU KEMBALI KE JALAN ALLAH!!
Minda Rakyat berterima kasih atas anda yang prihatin dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laman ini. Namun seperti biasa ada yang pro dan kontra. Biar apa pun pandangan anda itu jangan gadaikan akidah anda untuk mempertahankan taghut. Biar anda tergadai hanya untuk Allah dan perjuangan Islam. Jika anda masih ber'tapi' dalam memperjuangkan ugama ertinya keimanan anda disisi Allah belum cukup mantap. Sifat seorang Islam terhadap Kholiknya ialah 'tunduk dan patuh'. Kepada pengunjung yang mengirimkan email di bawah yang pada pandangan peribadi MR telah bercanggah dengan perjuangan ini. Anda dinasihatkan supaya merujuk kepada guru ugama yang muktabar. Carilah di mana diri anda yang 'tersesat' dalam keperibadian sendiri. Kewajipan kita sesama Islam adalah untuk ingat dan mengingati.
Friman Allah bermaksud:
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solleh, dan yang berpesan-pesan dengan haq (kebenaran), dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran"
(ayat 1 - 3 Surah Al-Asr)
Benarlah kata perbidalan, hanya jauhari mengenal manikam. Di sisi Allah orang yang berilmu dan memang diangkat satu darjat melebihi yang lainnya. Wallahu'alam.
Polong cyber
Dipaparkan email 'Tun Faisal' untuk pandangan para netters dan anda boleh memberikan pandangan kepada beliau melalui emailnya tun_fsal@tm.net.my
Selamatkan diri sendiri dari azab Allah dulu, baru bercakap pasal nak selamatkan orang lain. Bersihkan diri dari ujub dan riya', insyaallah dakwah dan jihad kita lebih diterima Allah. Rakyat yang bijak masih boleh menilai kebolehan Mahathir dan kebolehan Nik Aziz, Fadzil Noor-jauh sekali. Hanya dengan menutup fikiran rakyat, bermakna jihad kita tidak telus. Kerana politik, ustaz-ustaz (di baca ulama' politik) memutar belitkan Islam ikut tafsiran sendiri, dan jajalah tafsiran itu seolah-olah orang lain buta Islam. Insyaallah orang yang asas pelajaran Islam, basic da'awahnya ada dan basic harakahnya kuat susah nak ditipu manusia seperti anda. Allah selamatkan Mahathir, panjangkan umurnya dan semoga Allah akan memberi nur dan ilham pada Mahathir untuk memperjuangkan nasib rakyat. (Mungkin Allah belum redha dengan uslubda'wah dan perjuangan anda). Wallahua'alam