KENYATAAN AKHBAR
Pada 3hb. Mac 1999, saya telah menulis kepada pihak Suruhanjaya Diraja, memohon supaya mereka, mengenalpasti penjenayah terlibat; motif serangan; perkembangan berikutan peristiwa tersebut; percubaan menutup atau melindungi kecuaian dan prasangka Peguam Negara dalam menangani kes tersebut; peranan Menteri Dalam Negeri dan konspirasi berkaitan. Malangnya, kebanyakan isu tersebut telah tidak diambilkira atas alasan bidang tugas Suruhanjaya agak terhad.
Saya ulangi penghargaan kepada pibak Suruhanjaya kerana kesabaran mendengar keterangan dan mendedahkan percubaan awal melenyapkan fakta dan keterangan (eksibit); dan dengan itu, secara ketara menekan Peguam Negara untuk mengambil tindakan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kepincangan dalam laporan. Piliak polis tidak memberikan penjelasan mengapa serangan oleh Unit Tindakan Khas pada malam 20 September. Apakah ianya sebagai provokasi mencetuskan apa-apa kejadian atau sebagai a1asan menyebabkan kemalangan ngeri?
Beberapa saksi utama, termasuk Peguam Negara tidak diundang; dan laporan ACP Mat Zain yang dikira kritikal untuk tujuan siasatan tidak dikemukakan sebagai eksibit. Peguan Negara mengesahkan bahawa fail siasatan dikemukakan kepadanya pada 19 November; iaitu setelah diadakan perbincangan di antara ACP Mat Zain dan Tinibalan Pendakwaraya Dato’ Gani Patail dan Azhar Muhammad.
Panel doktor mengemukakan laporan pada pada 7kb Oktober; Peguam Negara seolah tidak berpuas hati dan setelah dua bulan, beliau melantik ‘pakarnya’ sendiri, Dr. A. Rahman Yusuf yang patuh dan mengemukakan pandangan yang berbeda tanpa memeriksa saya. Peguam Negara sewenang-wenangnya memperaku laporan tersebut dan mempertikai keterangan saya serta laporan panel doktor. Namun, dalam keterangannya kepada Suruhanjaya, Dr. A. Rahman memberi kenyataan yang bercanggah dengan laporannya dan bersetuju dengan panel. Peguam Negara tidak sepatutnya mempamerkan prasangka secara keterlaluan.
Dato’ Gani Patail tidak menjelaskan kehadirannya di kawasan jenayah dilakukan dan di mana pindaan pertuduhan dipinda ke Akta Keselamatan Dalam Negeri, berkemungkinan mengelakkan kesan luka parah pada diri saya diketahui umum. Peranan Dato' Yaacob, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan pegawai-pegawai lainnya tidak dijelaskan. Begitu juga dengan kegagalan mereka membuat laporan kejadian jenayah termasuk tindakan yang menyalahi undang-undang lokap. Adalak keterlaluan untuk membenarkan jenayah dilakukan semata-mata atas alasan ianya dilakukan oleh pihak atasan. Tidak hairanlah mengapa rasuah berleluasa dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin dibiarkan!
Pihak Suruhanjaya segera menamatkan siasatan sejurus dari pengakuan Rahim Noor. Beliau kemudiannya didakwa di bawah Seksyen 325 dibaca bersekali dengan Seksyen 511, hanya satu kes saman. Rahim Noor tidak diperlukan masuk kurungan tertuduh di mahkamah dan dibebaskan tanpa ikat jamin. Kesalahan tersebut boleh menyebabkan tangkapan; tetapi Peguam Negara memilih sekadar mengeluarkan saman sama seperti kesalahan trafik kecil. (Saya saksikan disebaliknya, ratusan banduan termasuk juvena, yang ditahan berbulan-bulan kerana tidak berupaya membayar wang ikat jamin. Kebanyakkan mereka ditahan di atas sebab kes pergaduhan kecil, mencuri sepasang seluar atau kasut atau wang tunai RM12).
Setelah gagal dalam menutup kes dan konspirasi menyepi, masyarakat cuba diperdaya dengan gambaran seolah-olah undang-undang dilaksanakan. Kita saksikan buat sekian kalinya, kaedah pendakwaan terpilih. Jenayah telah dilakukan, dan adalah aneh untuk mengandaikan dalam dakwaan yang dikenakan bahawa hanya ada sekadar percubaan melakukan kesalahan. Saya tidak akan terkejut andaikata terdapat pakatan di antara pihak berkuasa berkenaan untuk mengenakan hukuman ringan sekali dengan persefahaman bahawa tidak ada pihak yang lain yang akan dikaitkan atau disinggung.
ANWAR IBRAHIM