SABARUDDIN AKAN JADI TUKANG KASUT?
Rombakan Kabinet yang akan diumumkan oleh diktator Mahathir hari ini akan melenyapkan seorang panglima 'burung kakaktuanya' yang taat lagi setia.
Dengan pengakuan pengunduran Sabaruddin Chik yang diminta berbuat demikian oleh Diktator Mahathir bererti segala cakapan dalam internet adalah benar dan tidak dapat disangkal lagi!!!
Diktator Mahathir yang kini bertungkus lumus menyelamatkan partinya daripada ancaman kekurangan para penyokong, disifatkan tidak akan berjaya lebih-lebih lagi rombakan kabinet itu akan mendatangkan kekecewaan pihak yang tersingkir.
Biar pun perkara itu dinafikan di peringkat awal ini, kekecewaan pasti akan didedahkan kemudian dan pelbagai perasaan tidak puas hati tidak akan dapat dibendung selagi kita berpegang atas sifat manusia.
Dengan alasan akan menjaga kerjaya politiknya di bahagian Temerloh, kerjaya politik Datuk Sabaruddin Chik akan berakhir dengan cara terhormat dan beliau akan lebih dihormat jika membuat pengakuan yang lebih ikhlas dan jujur.
MINDA RAKYAT
20 Mei, 1999