MAHATHIR PENDUSTA PALING AGONG ABAD INI!!!

Dalam sidang medianya hari ini Diktator Mahathir menjelaskan bahawa Datuk Sabaruddin Chik meletakkan jawatannya atas kerelaan beliau dan tanpa apa-apa alasan. Di sebaliknya sebelum itu Datuk Sabaruddin Chik dalam kenyataan akhbarnya pula menjelaskan perletakkan jawatan beliau adalah atas permintaan Diktator Mahathir dalam sepucuk surat kepadanya baru-baru ini.

Mahathir memang gemar berdusta. Sejak berbulan-bulan lalu, terutamanya selepas pemecatan DSAI hobi dan kegemaran Mahathir ialah berdusta. Beliau pernah menafikan bahawa akan adanya rombakan kabinet dalam waktu terdekat. Percakapannya disiarkan oleh media semasa beliau menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Kewangan di Langkawi.

Sesungguhnya pendusta paling agong abad ini ialah Mahathir bin Mohamad Iskandar Kutty. Nyah kau Mahathir dari bumi ini! Undur Mahathir Undur!!! Pendusta tidak layak lagi jadi pemimpin kami!!!!

 UNDUR MAHATHIR UNDUR!!!

Minda rakyat
20 Mei, 1999