KENAPA MAT BULAT TERSINGKIR
Beberapa tokoh politik tempatan berpendapat bahawa penyingkiran Mat Bulat ada kaitannya dengan kelancangan mulut beliau yang mengatakan DSWA berketurunan Cina. Sebagai membalas tuduhan itu, pembangkang pula mempersoalkan siapakah Mahathir yang sebenarnya.
Pepatah Melayu ada mengatakan 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Mahu tidak mahu Mat Bulat terpaksa mendiamkan diri, dalam isu ini. Mungkin kerana terlalu ghairah dan mahu mencipta 'upset' akhirnya beliau terkecundang di tangan Mahathir.
Jika dianalisis dari aspek lain, hampir kesemua para menteri mempunyai skandal mereka masing-masing, tetapi kenapakah hanya Mat Bulat yang terpinggir. Jawapan sebenar bagaimanapun ada dalam perhitungan diktator tua itu yang akan menggunakan apa sahaja formula bagi menyelamatkan UMNO yang goyah dan menuju zaman gelapnya.
MINDA RAKYAT
21 Mei, 1999