TEORI EKONOMI MAHATHIR
Minda Rakyat sungguh kesal dengan ucapan Diktator Mahathir yang menghuraikan teori ekonominya dalam siri kempen politiknya di Johor petang ini.
Menurut Diktator Mahathir, kegawatan ekonomi sebenarnya membawa keuntungan kepada pekebun kelapa sawit yang menjual hasil pertanian mereka kerana tukaran wang sekarang 'menguntungkan' para peladang iaitu dahulu jika menjual pada harga RM2.50 kini memperolehi RM3.80.
Dan teori keduanya, jika dahulu 10 ekar tanah diusahakan oleh seorang, maka hari ini tanah 10 ekar akan mendatangkan pekerjaan kepada 1,000 orang.
Aduhai Mahathir, anda jangan memperbodoh-bodohkan rakyat dengan teori ekonomi yang baru ini. Jangan sangkakan rakyat akan termakan pembohongan fakta dalam teori ekonomi itu. Kenapa tidak dikatakan jika dahulu kita membeli sesuatu barang dengan harga RM250 kini kita kena membayar dengan harga RM380.
Atau kenapa tidak nyatakan kepada rakyat bahawa dengan terbukanya satu industri seluas 10 ekar, maka seluas itulah tanah yang akan tergadai kepada bangsa asing dengan kesempatan kepada beliau dan kroni mengumpul kekayaan.
Kepada Mahathir, Minda Rakyat katakan bahawa anda sudah terlalu tua untuk jadi pemimpin. Jangan sesatkan rakyat dengan fakta yang mengelirukan untuk mencapai cita-cita politik murahan!
UNDURLAH MAHATHIR UNDUR!!
MINDA RAKYAT
21 Mei, 1999