KAKITANGAN KERAJAAN DIANCAM

Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 7 April, 1999 telah mengenakan sekatan baru kepada kakitangan Kerajaan yang 'kununnya' menyeludup keluar maklumat yang boleh membawa kepada ketidak percayaan rakyat terhadap Kerajaan, telah disebar melalui internet.

Justeru itu satu pekeliling telah dikeluarkan untuk memastikan langkah-langah keselamatan diambil oleh semua Jabatan Kerajaan supaya mengikat aktiviti tersebut.

Tuduhan pihak Kerajaan terhadap kakitangannya dilihat sebagai 'prejudis' terhadap parti pembangkang yang menerima sokongan padu kakitangan Kerajaan. Umpamanya di Negeri Perak dalam tinjauan yang dilakukan, tidak ada satu Jabatan Kerajaan yang kakitangannya tidak menyokong gerakan reformasi. Tapi sokongan itu lebih secara senyap. Malahan ramai dari mereka berjanji tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Akhbar kegemaran mereka telah bertukar kepada dwi-mingguan iaitu Harakah. Aktiviti mencetak risalah reformasi juga tidak dapat dibendung, kerana kebencian kepada pemerintah amat memuncak.

Hasil tinjauan juga, tidak kurang 30 peratus daripada mereka, tidak lagi menonton Buletin Utama, Edisi 7 atau Berita Jam 8. Apa yang lebih memeranjatkan lebih 40 peratus kakitangan Melayu adalah ahli PAS. Manakala tidak kurang 30 peratus lagi belum bersedia menjadi ahli, tetapi komited untuk mengundi PAS dan sering menyertai siri ceramah PAS yang diadakan di mana sahaja di negeri ini.

Paling membanggakan hasil tinjauan mendapati daerah Kerian, Larut Matang dan Selama serta Hilir Perak merupakan tunggakan kekuatan sokongan pegawai dan kakitangan Kerajaan terhadap PAS. Hanya sedikit yang beralih kepada ADIL.

Dengan fakta ini dapat dirasakan bahawa peranan Kakitangan Kerajaan ke arah menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya yang akan datang amat penting.

Oleh kerana itulah maka Jemaah Menteri telah membuat keputusan bahawa berita internet yang nyata mencemaskan kerajaan UMNO hari ini, segala maklumat didakwa datang dari kakitangan kerajaan yang membocorkannya.

Biar apa pun tuduhan itu, UMNO sebenarnya sudah hilang keyakinan di hati rakyat, serta kakitangan Kerajaan sendiri. Justeru itu Kerajaan diseru supaya lebih telus dan mengamalkan kebebasan berpolitik, sebagaimana kebebasan berugama di negara ini, walau pun ugama resminya ugama Islam.

MINDA RAKYAT
21 Mei, 1999