KEBENARAN ITU DATANGNYA DARI ALLAH JUA!
Dalam khutbah Jumaatnya, Al Ustaz Aminullah Hafiz, menyatakan bahawa perkataan yang dikurniakan oleh Allah adalah untuk menyeru manusia dalam memperhambakan diri kepada Allah jua.
Sebaik-baik perkataan ialah yang menyeru kepada keesaan Allah dan melaksanakan titah perintahNya. Dan paling mulia ialah menggunakan perkataan yang baik, dan lembut pula mendengarnya.
Dalam menyampaikan sirah RasululLah dan keEsaan Allah, manusia dibenarkan memilih cara paling bijaksana untuk memastikan bahawa mesej itu sampai dengan jelas. Justeru itu, maka jadilah ugama itu hanya untuk Allah, setelah semua manusia memperhambakan diri hanya kepadaNya.
Namun tidak menjadi halangan kepada manusia untuk menyampaikan ayat-ayat Allah dalam pelbagai bentuk termasuk menggunakan sedikit kekerasan dalam pengucapan mereka, seandainya pendekatan berlembut sudah dicuba. Beberapa ayat Allah di dalam Quran memberikan amaran keras kepada manusia yang ingkar kepadanya. Ia jelas tidak salah, jika itu difikirkan boleh membuka hati manusia menerima dan menghayati ugama Islam yang mulia.
Maka dengan itu jangan disalahkan manusia yang menyeru ke jalan Allah dengan cara sedemikian. Malah jihad yang paling utama adalah perkataan benar yang disampaikan kepada pemerintah yang zalim. Dalam menjalankan dakwah, manusia dibenarkan Allah menggunakan sedikit kekerasan untuk memberi kesedaran kepada manusia.
Ucapan khatib ini telah dibaca dihadapan lebih 2,000 jemaah yang hadir pada 14 Mei, 1999 yang lalu di Masjid Sdultan Idris Shah II, Ipoh. Antara yang hadir pada Jumaat kali itu ialah seorang menteri kabinet Mahazalim iaitu Dato' Tajol Rosli yang kelihatannya semasa khutbah itu dibacakan tunduk menahan malu!!
MINDA RAKYAT
22 Mei, 1999