KENAPA HARUSSANI BERDIAM DIRI?

Mufti Negeri Perak Dato' Haruusani Hj. Zakaria adalah antara ulama yang terkemukan di negara kita. Namun dalam menyatakan kebenaran beliau tidak memperlihatkan sifat keulamaannya apabila bersetuju dalam isu 'pemfitnahan' ke atas kes DSAI sejak bulan September, 1998.

Semasa majlis penerangan kes tersebut dibuat kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun di Komplek Islam Darul Ridzuan bersama MB Perak tahun lalu, beliau jelas membisu apabila isu fitnah ini dibangkitkan dan diperbenarkan oleh TSR. Minda Rakyat ingin bertanya kepada Dato' Harussani di manakah kredebiliti beliau sebagai seorang ulama yang mengizinkan fitnah berlaku di hadapannya.

Dalam menangani isu rasuah dan penyelewengan di negeri ini, Dato' Harussani juga lebih banyak berdiam diri dan sekali-sekali muncul di program radio 3 Ipoh dengan agenda yang lain iaitu khusus kepada ibadat sembahyang, puasa, zakat dan ibadah fardhu ain, setiap pagi Jumaat.

Anihnya segala kemungkaran yang berlaku di hadapannya, Dato Harussani hanya berdiam diri, seolah-olah perbuatannya membenarkan segalanya. Oleh kerana beliau seorang mufti dan ulama negeri ini, maka perlakuan beliau menjadi sangsian kepada rakyat yang sedikit sebanyak tahu dalam ilmu agama.

Perpaduan dan kesetiaan kepada negara tercinta menjadi agenda ucapannya di mana-mana hingga beliau dilihat memihak kepada politik pula. Biar beliau pernah mendapat sanjungan dalam satu laman web reformasi (bukan MR), hakikat sebenarnya Dato Harussani Zakaria jelas mengelirukan masyarakat Islam negeri ini apabila beliau 'takut' untuk menyatakan kebenaran ugama Allah dalam perbandingan realisasi yang berlaku hari ini.

MINDA RAKYAT
22 Mei, 1999