TIADA SERANGAN KAPITALIS BARU!
Diktator Mahathir berkata kapitalis baru sedang berusaha untuk kononnya mendisiplinkan kerajaan negara-negara yang lemah dengan menentukan siapa yang harus memerintah selain menentukan dasar-dasar yang harus dituruti untuk keuntungan mereka.
Ucapan diktator itu jelas merujuk kepada hasrat rakyat yang mahu kerajaan BN berundur di atas kegagalan mereka menangani isu sosial dan ekonomi rakyat. Para pemimpinnya pula lebih bersifat zalim. Namun Mahathir merayu pula kepada rakyat yang lain supaya bersimpati melalui penggunaan isu kapitalis baru itu.
Apa yang lebih jelas jika mahu disifatkan kapitalis baru itu ialah adanya aktiviti segolongan pemimpin negara yang mengambil kesempatan atas kekuasaan mereka merompak dan menyamun harta negara melalui pelbagai cara termasuk dari perbendaharaan negara sendiri serta baitulmal.
Langkah-langkah yang diambil untuk menangani krisis ekonomi pula lebih bersifat membela kroni mereka, sedangkan nasib rakyat masih tertekan tanpa pembelaan sewajarnya dan masih berada ditakuk lama.
Minda Rakyat
23 Mei, 1999