KEMBALIKAN KEKAYAAN NEGARA KEPADA RAKYATNYA
Pengurusan hutan di negara ini perlu memperseimbangkan antara kejayaan dan hasil mahsyulnya, bagi menjamin kekayaan negara dipulangkan untuk menjana perkembangan ekonomi dan faedah lain kepada rakyat.
Jika kejayaan itu mahu diukur daripada jumlah pesanan yang dibuat oleh negara luar yang berminat berminat untuk memesan produk kayu-kayan tropika di negara ini, maka jumlah hasil yang dikumpulkan perlu ke tahap maksima bagi membantu menjana perkembangan ekonomi negara dan untuk faedah langsung kepada rakyat.
Negara tidak boleh berbangga hanya jika mampu mencapai sebagai sebuah organisasi yang mematuhi garis panduan Pertubuhan Kayu-kayan Tropika Antarabangsa (ITTO) dalam mencapai Pengurusan Hutan Secara Berkekalan, namun dalam masa yang sama hasil mahsyulnya tidak dapat dibelanjakan bagi membantu rakyat dan negara dalam menyelesaikan permasalahan mereka.
Peranan industri perkayuan negara masih terlalu banyak ruang untuk bergerak aktif menyumbang ke arah pemantapan ekonomi negara, bukan pemampan ekonomi beberapa kerat manusia yang angkuh mengumpul harta.
Minda Rakyat
23 Mei, 1999