UNDI DIPECAH MELALUI AGENDA PEMBANGUNAN
Agenda pembangunan sesebuah tempat dilihat sebagai strategi halus untuk mengekalkan kekuasaan Kerajaan yang berkuasa hari ini. Justeru itu sebelum meluluskan sebarang projek, pihak kerajaan sudah mengambil kira implikasi para penghuni dan pengundinya.
Satu lagi angenda yang mahu memecahkan undi dalam kawasan Parlimen Parit Buntar ialah Rancangan Pembangunan Lembah Beriah. Dengan perlaksanaan pembangunan ini adalah dijangkakan seramai 54,000 orang akan ditarik masuk ke dalam kawasan Parlimen ini bagi mengimbangi kekuatan parti lawan yang kini dijangka mempunyai potensi untuk menang dalam pilihanraya umum yang akan datang. Matlamat ini perlu dicapai dalam tahun 2010.
Parti pembangkang, khususnya PAS diseru supaya mengkaji strategi ini dan mengambil langkah sewajarnya supaya dengan terlaksana agenda pembangunan itu tidak mengorbankan para penyokong yang setia di daerah ini.
Walau pun Islam tidak melarang agenda pembangunan, tetapi pelaksananya mesti jujur dan ikhlas melaksanakan pembangunan bukan untuk kepentingan tertentu dan memilih bulu.
Minda Rakyat
25 Mei, 1999