UMNO PARTI MISKIN?

Keghairahan UMNO menyaman sesiapa sahaja yang cuba menjejaskan nama baiknya, meskipun dakwaan itu benar, memperlihatkan bahawa parti itu kini jatuh muflis dan bangkerap. 'Kebangkerapan' UMNO boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut, bermula daripada sokongan rakyat kepadanya hingga kepada wang ringgit yang memaksa parti itu lebih gemar saman menyaman.

Dalam perkembangan terbaru hari ini UMNO membuat laporan polis berhubung dengan kenyataan Harakah awal minggu ini bertajuk 'PM Lindungi Kroninya'. Ibrahim Ali Si Katak Lompat sekali lagi cuba menjadi jagoan UMNO dengan bertindak mengetuai kumpulan untuk membuat laporan polis.

Polis yang sememangnya bersekongkol dengan regim Mahazalim menerima laporan itu. Seluruh dunia tahu bahawa penerbitan Harakah adalah untuk ahli sahaja. Anihnya, mengapa Ibrahim Ali membeli Harakah? PAS patut menyaman Ibrahim Si Katak Lompat itu kerana melanggar akta penerbitan yang melarang bukan ahli PAS memiliki Harakah. Rakyat memandang keji dan hina perbuatan Ibrahim itu. Ingat HARAKAH adalah untuk ahli PAS sahaja!!

Minda Rakyat
25 Mei, 1999