SISTEM KEADILAN DI MALAYSIA DIUJI LAGI

Diktator Mahathir semalam memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kuala Lumpur untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan terhadap beliau oleh DSAI. Mahkamah kemudian menetapkan 21 Jun bagi mendenar perkara itu didengar oleh Hakim Datuk Dr R.K. Nathan.

Dalam afidavitnya terdahulu DSAI mendakwa Diktator Mahathir memfitnah beliau pada satu persidangan media yang diadakan di Jabatan Perdana Menteri pada 22 September tahun lepas.

DSAI juga menjelaskan bahawa Diktator Mahathir telah secara salah dan berniat jahat bercakap kepada wartawan tempatan dan asing mengenai perilaku beliau sebagai timbalan perdana menteri dan penuturan perkataan berunsur fitnah itu telah menjejaskan perwatakan dan reputasi beliau di peringkat nasional dan antarabangsa.

Diktator Mahathir mendakwa perkataan yang didakwa berunsur fitnah itu dibuat dalam kapasitinya sebagai PM yang mempunyai keistimewaan bersyarat.

DSAI, dalam jawapannya berkata, Diktator Mahathir tidak boleh menggunakan keistimewaan bersyarat itu dalam pembelaannya. PM tidak boleh bergantung kepada pembelaan keistimewaan bersyarat kerana semasa beliau (Mahathir) menuturkan dan menyebabkannya diterbitkan dan diterbitkan semula, di peringkat nasional dan antarabangsa, perkataan berunsur fitnah itu, telah bertindak secara jahat dan berniat tidak baik.

Selain RM100 juta bagi ganti rugi, kos dan faedah lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, Anwar juga memohon injunksi untuk menghalang Dr Mahathir daripada terus membuat sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap beliau.

DSAI juga menyaman Sun Media Corporation Sdn Bhd, dan menuntut gantirugi berjumlah RM100 juta lagi berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbarnya, The Sun, ekoran saman terhadap PM.

Minda Rakyat
25 Mei, 1999