MENGAPA HOMEPAGE PERAK TIDAK BERFUNGSI?

Ramai para netters negeri ini hairan mengapa laman web negeri Perak mengalami 'reset connection' begitu lama. Minda Rakyat tidak begitu pasti perkara ini bilakah ianya mula berlaku, walau pun menyedari ianya telah berlaku.

Minggu ini ada beberapa email (mungkin daripada para pelajar) yang cuba masuk ke laman web tersebut tetapi gagal.

Semenjak gerakan reformasi dan laman web reformasi berkembang, banyak home page Kerajaan mengalami berbagai masalah (mungkin diwujudkan) kerana fakta-fakta di dalam home page itu boleh menggugat kedudukan pihak tertentu.

Home page SPR juga amat sukar untuk dimasuki dan telah dicuba beberapa kali hari ini masih sama.

Minda Rakyat
25 Mei, 1999