PROJEK ITBASE (Pusat Latihan Komputer Belia) YANG GAGAL (siri 1)
Satu daripada projek yang pernah digembar-gemburkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) ialah projek Pusat Latihan Komputer Belia (PLKB ITBASE). Ianya diilhamkan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin.
Projek ini pada dasarnya akan memberikan satu peluang untuk belia-belia menceburkan diri di dalam perniagaan komputer yang melibatkan pendidikan. Sebanyak 200 lokasi telah ditetapkan diseluruh Malaysia. Ramai belia-belia telah menghadirkan diri mereka bersama dengan kelayakan-kelayakan yang tinggi semata-mata untuk mendapatkan peluang berniaga (Pinjaman Tabung Ekonomi Belia RM50000).
Perjanjian telah dimeterai dan majoriti belia yang mendapat projek kini mula berniaga pada awal 1997 lagi. Projek ini dijalankan dengan usahasama Unisoft Access Sdn Bhd, Megasystem Sdn. Bhd serta SIEMENS Nixdorf (M) Berhad. Perisian Komputer telah dibekalkan oleh LOTUS (Lotus Smartsuite 97) dan sijil pula ditawarkan oleh Universiti Sains Malaysia.
Pada asalnya didalam kertas cadangan projek ini telah dimaklumkan kepada semua pengusaha PLKB ITBASE bahawa mereka akan dibekalkan dengan komputer yang mempunyai spesifikasi seperti ini.
Komputer Pelayan (Server) - 1
Unit Processor : Intel Pentium 133
RAM : 16 MBHDD : 1.6 GB
NIC : 3Com Ethercard III
Komputer Pengguna (Client) - 11 Unit
Processor : Intel Pentium 75RAM : 16 MB
HDD : 1.2 GB
NIC : 3Com Ethercard III
Akan tetapi apabila proses penghantaran dilakukan maka spesifikasi peralatankomputer telah berubah kepada;
Komputer Pengguna (Client) - 11 unit
Processor : AMD 75
RAM : 16 MB
HDD : 1.2 GB
NIC : 3Com Ethercard III
Ini telah menimbulkan ketidakpuasan dikalangan para pengusaha PLKB ITBASE kerana mereka mengatakan mereka telah ditipu.
Pengusaha telah mengikat janji dengan KBS untuk membayar kos pinjaman TEB (Tabung Ekonomi Belia) yang bernilai RM 50 ribu tersebut pada jangkamasa 10 tahun. Mereka telah mempertikaikan akan perubahan kepada spesifikasi komputer yang dibekalkandari segi harga dan jangkahayat penggunaannya.
Oleh yang demikian mereka telah mengadakan satu sesi soaljawab dengan pihak pembekal komputer iaitu UNISOFT Access Sdn Bhd mengenai perkara ini. Akan tetapi mereka telah tidak mendapat satu jawapan yang kukuh melainkan dengan dikatakan bersyukurlah dengan apa yang ada.
Sumber: Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS)