HASSAN ALI AKAN KE PARIT BUNTAR?

Maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber yang paling rapat dengan Dato' Hassan Ali, aktivis PAS yang terkemuka mengatakan bahawa beliau 'confirm' akan bertanding di Parlimen Parit Buntar, Perak.

Satu rahmat dan kesyukuran bagi penduduk di kawasan tersebut kerana mendapat seorang bakal pemimpin yang mempunyai wawasan yang cukup dinamik. Sementelahan Dato' Hassan Ali menyertai PAS, maka kedudukan penyokong-penyokong PAS di kawasan Parlimen Parit Buntar akan lebih kukuh dan bersemangat.

Jika dalam pilihanraya umum yang lalu, pembangkang tewas dengan majoriti kira-kira 5,000 undi, maka insyaAllah jika Dato' Hassan Ali bertanding di sini maka pastilah Parlimen Parit Buntar akan dimenangi oleh PAS. Catatan ini lebih merupakan tiket pertama PAS untuk memenangi pilihanraya umum kali ini di negeri Perak, yang mempunyai 23 kerusi Parlimen. Kedudukan YB Abdul Rahman Haji Sulaiman nampaknya kali ini lebih goyah.

Minda Rakyat
25 Mei, 1999