SIAPA 'PERAMPAS KEKAYAAN NEGERI PERAK'?
Mungkin anda belum pernah dengar istilah baru yang sedang diperkatakan oleh masyarakat Lembah Kinta berhubung dengan isu pemilikan dan pemberian tanah. Jika dahulu PKNP bermaksud Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, tetapi ia lebih senang disebut 'Perampas Kekayaan Negeri Perak'.
Kata-kata ini adalah merujuk kepada hakikat iaitu semua tanah Kerajaan (yang belum dimiliki mana-mana pihak) di Lembah Kinta terutamanya, adalah milik PKNP secara tidak resmi. Biarpun sesetengah tanah tersebut belum diwartakan sebagai milik PKNP, namun hakikatnya tidak ada pihak yang boleh memohon tanah atas apa jua tujuan, melainkan mesti melalui perundingan dengan PKNP atas arahan pihak tertentu.
Konsep permohonan pula mesti melalui kerjasama dua pihak iaitu pemaju dan PKNP atau syarikat pemaju mestilah juga anak syarikat PKNP. Konsep ini lebih condong kepada mengkayakan PKNP yang masih selama ini tetap miskin tetapi memberikan faedah kepada segelintir 'elit' yang menguasai PKNP.
Minda Rakyat
25 Mei, 1999