PROJEK BUKIT MERAH GAGAL BAWA UNDI

Mercu tanda negeri Perak yang diilhamkan di bawah projek Bandar Tasik Merah, daerah Kerian, hari ini dilihat sebagai satu kegagalan untuk membawa dan memecah undi pembangkang di daerah ini. Walau pun PAS kalah dalam Parlimen Parit Buntar pada pilihanraya lalu, namun kemenangan BN dengan majoriti yang sedikit itu mendorong projek raksasa ini dilakukan.

Adalah dijangkakan dengan pembangunan yang berlaku di Tasik Merah, seramai 25,000 pengundi luar dibawa masuk melalui pemilikan rumah-rumah untuk mengurangkan saingan sengit kepada undian yang diberikan kepada PAS.

Namun Allah lebih berkuasa, apabila perancangan jahat TSR Marcos selaku MB Negeri Perak Darul Ridzuan bersama-sama Emkay, gagal menarik pembeli atas sebab-sebab kegawatan ekonomi.

Lebih 80 peratus rumah yang dibina di bandar Tasik Merah belum dimiliki oleh sebarang pembeli. Kerajaan Negeri Perak segera menutup kerugian Kumpulan Emkay dengan memberikan sejumlah tanah untuk membina perumahan kos rendah di Taman Bercham jaya, Taman Bercham Raya dan Taman Hulu Kinta.

Minda Rakyat
25 Mei, 1999