'SILEX' KORBAN TANAH ORANG MELAYU
Di sebalik kemegahan program pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Perak, lebih banyak mengorbankan kepentingan rakyat terutamanya orang Melayu.
Semalam TSR Marcos mengumumkan bahawa akan meneruskan projek SILEX (Sri Ipoh - Lumut Express) yang didakwa menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri ini. Projek ini mencapai kos RM1.1 billion.
Namun di sebaliknya dan ramai tidak ketahui bahawa projek ini akan menebus kembali tanah orang Melayu sebanyak 68 peratus, orang Cina 15 peratus dan lain-lain kaum 17 peratus.
Sebagaimana biasa sudah semestinya pengambilan balik tanah akan melibatkan pembayaran pampasan kepada tuan-tuan tanah terlibat. Pada kebiasaannya jumlah pampasan yang dibayar tidak setimpal dengan nilai tanah yang diambil.
Walau pun begitu, pembayaran pampasan bukanlah sebagai satu pendekatan isu yang hendak dibincangkan. Namun sikap pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang tidak pernah membantah dan tidak pernah membela hak dan kepentingan orang Melayu amatlah dikesali.
Rakyat yang ingin mengemukakan bantahan diseru bergabung dengan NGO's dan parti pembangkang kerana wakil rakyat daripada parti Kerajaan tidak akan mampu mempertahankan hak orang Melayu, khususnya dalam kes ini.
Minda Rakyat
26 Mei, 1999