RAMLI TERSINGKIR, RAJA TERPINGGIR?

Jika benar berita yang disampaikan kepada ruangan ini, maka pada pilihanraya kali ini TSR Marcos akan tersingkir di tangan Diktator Mahathir. Sebelum penyingkiran DSAI dahulu, TSR Marcos sudah menerima 3 pucuk surat daripada Diktator Tua dan Nyanyuk itu meminta beliau meletakkan jawatannya secepat mungkin, namun TSR Marcos belum puas merompak harta negeri dan berdegil.

Dengan nasib DSAI yang tersingkir dalam mempertahankan hak rakyat, TSR Marcos nampaknya tiada pilihan lain melainkan untuk turun pangkat sebagai ADUN biasa atau mencari ruang untuk melangkah ke parlimen. Beliau adalah kem DSAI sebelum gerakan reformasi tercetus.

Namun apa yang pasti orang kuat TSR Marcos awal-awal lagi sudah menyusun strategi sendiri kerana beliau tidak boleh lagi mengharapkan 'bosnya' mempertahankan apa yang selama ini dipertahankan.

Khabarnya dari kerusi ADUN Batu Kurau, Raja 'Mamat' ini akan bertanding ke Parlimen Larut yang sekarang dipegang oleh Cikgu Mohd Zihim. Namun percaturan ini disifatkan oleh pemerhati politik sebagai bukanlah memberangsangkan kepada beliau. Walau pun diakui beliau mempunyai 'target' tertentu sekiranya berjaya menjadi seorang ahli Parlimen, apa lagi dengan kedudukannya sekarang sebagai pengurus pasukan bolasepak Malaysia.

Apa yang dilihat dari senario perpindahan ini ialah beliau sanggup tewas kerana bertanding di Parlimen daripada tewas sebagai ADUN yang sudah dterajuinya selama 2 penggal. Konsep ini boleh disamakan dengan sebuah pertandingan bolasepak yang boleh menerima kritikan sekiranya Malaysia tewas dengan pasukan yang kuat seperti Arsenal (kelab Inggeris) tetapi malu jika tewas dengan Brunai atau lain-lain pasukan 'under dog'.

Dengan penyingkiran TSR Marcos dari takhta MB Negeri Perak, Raja 'Mamat' itu pula bakal dipinggirkan kerana jika beliau menang pun beliau tidak mempunyai 'upline' yang cukup kuat untuk menarik beliau kepada satu jawatan yang lebih baik daripada Pengurus Bolasepak Negara. Hakikatnya beliau tidak mmampu untuk bertahan di kerusi ADUN kerana sentimen membenci beliau mulai kedengaran.

Minda Rakyat
26 Mei, 1999