MAHATHIR MEMPERTAHANKAN DUSTANYA!

PM Diktator Mahathir Mohamad, semasa memohon untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadap beliau oleh DSAI, menyatakan bahawa perkataan-perkataan yang diucap oleh beliau pada persidangan media pada 22 Sept tahun lalu adalah benar daripada segi kandungan dan fakta.


Dalam afidavit menyokong permohonan yang dikemukakan 24 Mei lalu, Diktator Mahathir memohon untuk mengetepikan saman DSAI kerana ia tidak menyatakan sebab-sebab yang munasabah bagi tindakan ke atasnya dan bahawa saman itu menyusahkan, remeh dan menyalahi proses mahkamah.

Demikianlah istilah keadilan bagi seorang PM yang sungguh keji, busuk lagi membusukkan. "Saman dalam Kamar" dikemukakan di Mahkamah Tinggi semalam, mengikut Peraturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) dan (d) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.


Diktator Mahathir juga berkata rujukan dalam kenyataannya kepada media pada hari itu berhubung DSAI adalah tepat dan benar berdasarkan fakta bahawa Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan Dr Ahmad Munawar Anees dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen.

Diktator Mahathir berkata oleh kerana Sukma dan Dr Munawar telah membuat pengakuan bersalah, beliau percaya bahawa beliau mempunyai pembelaan menyeluruh dan mutlak terhadap dakwaan Anwar, tanpa mengambilkira wujudnya proses 'turning over' oleh pihak polis semasa saksi-saksi disoalsiasat dan ugutan mereka semasa membuat pengakuan.


DSAI mendakwa bahawa Diktator Mahathir memfitnahnya pada persidangan media yang diadakan di Jabatan Perdana Menteri pada 22 Sept, tahun lalu. Dalam dakwaannya DSAI antara lain menyatakan bahawa Diktator Mahathir secara palsu dan berniat jahat bercakap kepada wartawan tempatan dan asing mengenai perkara-perkara yang menyentuhnya atas sifat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan penerbitan perkataan-perkataan itu telah merosakaan nama baik, perwatakan dan reputasinya, baik di peringkat negara mahupun antarabangsa.

Dalam kenyataan pembelaan, Diktator Mahathir berkata, perkataan-perkataan yang dikatakan fitnah itu disiarkan atas sifat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia berdasarkan 'perlindungan bersyarat.' DSAI pula, dalam jawapannya memberitahu pembelaan berdasarkan 'perlindungan bersyarat' tidak terpakai ke atas Diktator Mahathir kerana beliau (Diktator Mahathir), ketika menuturkan dan menyebabkan perkataan-perkataan itu disiarkan dan disiarkan semula, di peringkat negara dan antarabangsa, telah bertindak secara palsu dan berniat jahat.

Selain menuntut ganti rugi RM100 juta, kos dan relif lain yang difikirkan patut oleh mahkamah, DSAI memohon injunksi untuk menghalang Diktator Mahathir daripada membuat apa-apa lagi kenyataan yang memfitnahnya.

DSAI juga menyaman Sun Corporation Sdn Bhd, menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta kerana fitnah bertulis bersabit dengan artikel yang disiarkan dalam akhbar, The Sun, ekoran saman terhadap perdana menteri.

Jika afidavit yang dikemukakan oleh Mahathir ini 'relevan', maka sekali lagi institusi keadilan di negara ini tercemar dan terbukti mengikut telunjuk Regim Mahazalim yang mahu terus berkuasa.

Minda Rakyat
27 Mei, 1999