PROJEK ITBASE YANG GAGAL (siri 2)
Pembekalan peralatan dan pengubahsuaian premis PLKB ITBASE di seluruh Malaysia telah diberikan kepada Megasystem Sdn Bhd. Syarikat ini telah mendapatkontrak pembekalan dan pengubahsuaian ini secara terus dari Unisoft Access Sdn Bhd.
Peralatan komputer yang dibekalkan oleh syarikat SIEMENS NIXDORF (M) Bhd telah diaturkan untuk dihantar kesemua lokasi PLKB ITBASE secara berperingkat-peringkat dimulakan dengan Negeri Pahang. Pada masa yang sama (Jun 1997) kerja-kerja pengubahsuaian premis PLKB ITBASE telah dilakukan oleh sub kontraktor Megasystem Sdn Bhd. Terdapat beberapa premis PLKB ITBASE yang tidak memerlukan dinding partition akan tetapi pihak Megasystem Sdn Bhd tidak mahu bekerjasama untuk memberikan levi kepada pengusaha.
Semua kos pembekalan dan pengubahsuaian adalah termasuk didalam nilai pinjaman dan tidak boleh diubah.Ini menyebabkan pihak pengusaha PLKB ITBASE tidak puas hati dengan tindakan Megasystem Sdn Bhd dan Unisoft Access Sdn Bhd yang tetap bertindak menggunakan bahagian yang diperuntukkan itu walaupun tiada pengubahsuaian dilakukan.
Pada permulaan projek ini pihak Unisoft Access Sdn Bhd membekalkan partition yang diperbuat daripada plywood dan bukannya partition yang diperbuat daripada Gypsum. Ini menimbulkan perbalahan di antara pengusaha PLKB ITBASE denganpihak Unisoft Access Sdn Bhd kerana jenis partition ini (gypsum board) ada disertakan pada kertas cadangan projek.
Disesetengah lokasi PLKB ITBASE pula tidak mendapat pilihan pintu kerana pintu sedia ada telah diberikan kepada PLKB ITBASE yang lain. Sistem pendawaian elektrik dan sistem rangkaian (LAN) juga tidak dibuat dengan kemas oleh pihakkontraktor. Pemasangan Pendingin Hawa (Genair) yang tidak bermutu telah diterima oleh beberapa PLKB ITBASE di beberapa negeri.
Papantanda Berlampu yang sepatutnya disertakan sekali dengan pengubahsuaian premis pula sehingga kini tidak kelihatan. Pihak Unisoft khabarnya memberitahu bahawa ada sedikit pengubahsuaian yang perlu dilakukan kepada papan tanda tersebut. Walaupun papantanda berlampu ini tidak dibekalkan akan tetapi bayaran papan tanda berlampu tersebut masih tetap diambilkira.
Pihak Unisoft Access Sdn Bhd dan Kementerian Belia Dan Sukan pula telah mengarahkan pengusaha PLKB ITBASE untuk memohon lesen papan tanda berlampu sedangkan papan tanda berlampu tersebut tidak ada dibekalkan. Ini menyebabkan pihak pengusaha dibebani tuntutan bayaran oleh pihak Majlis Daerah ataupun Dewan Bandaran.
Perabut pejabat yang dibekalkan pula adalah tidak memuaskan dimana meja yang diberikan adalah bersaiz 2 x 3 kaki sedangkan sepatutnya ianya 3 x 4 kaki. Mutu pembuatan meja juga tidak terjamin dan berlakulah beberapa kes yang melibatkan komputer yang diletakkan diatas meja tersebut jatuh kerana meja yang kurang stabil pembuatannya.
Kerusi-kerusi pula telah dipasang dengan sambil lewa sahaja dan tidak menepati ciri yang sesuai untuk PLKB ITBASE. Disesetengah PLKB ITBASE pula pihak pengusaha terpaksa memasang sendiri kerusi dan meja kerana pihak pembekal tidak memasangnya pada masa penghantarannya.
Ada terdapat di beberapa lokasi PLKB ITBASE yang tidak mendapat perabut yangcukup dimana pengusaha terpaksa menggunakan alternatif lain. Ini menimbulkanrasa tidak puas hati dikalangan pengusaha. Apabila ianya diutarakan kepada pihak Kementerian Belia Dan Sukan, mereka tidak mengambil perhatian dan memandang ringan akan perkara ini. Ini berlaku hampir di semua negeri.
Adalah tidak wajar jika ianya dipandang sepi oleh Menteri Belia Dan Sukan. Adakah mungkin dia telah dirasuah oleh pihak Unisoft Access Sdn Bhd ataupun dia telah terhutang budi dengan Unisoft Access Sdn Bhd.
Sumber: Ketua Perusuh (Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS
)