KENAPA PENDEDAHAN DISIFATKAN GUGAT KENTENTERAMAN AWAM

Umno baru-baru ini membuat laporan polis terhadap akhbar Harakah dan empat pemimpin parti pembangkang, berhubung satu artikel yang disifatkan berunsur fitnah jenayah. Aduan itu dibuat oleh Ketua Penyelaras Bahagian Percetakan/Akhbar Umno, Encik Mohd Tajudin Tambi Abdul Wahid, di Balai Polis Setapak.

Artikel muka depan Harakah bertajuk 'PM lindungi kroninya' dan tajuk kecil 'Asal saja mereka taat membuta tulis kepada Dr Mahathir' yang diterbitkan pada Jumaat lalu dianggap menggugat ketenteraman awam oleh pihak tertentu, ekoran kenyataan akhbar itu terhadap penyalahgunaan kuasa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, dan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.

Artikel itu mendedahkan kepada umum anak Menteri Pengangkutan yang berusia 27 tahun memiliki aset bernilai RM1.2 bilion (kira-kira US$540,000) dengan "sekelip mata" sekaligus menimbulkan kesangsian orang ramai terhadap Dr Ling.

Adakah pendedahan kepada seorang pengamal rasuah dianggap menggugat ketenteraman awam?

Minda Rakyat
27 Mei, 1999