NEGARA SEDANG DIGADAI MELALUI TERBITAN BON?
Tindkan kerajaan menerbitkan bon negara dan menjualnya kepada pelabur asing, dibimbangi kalangan rakyat bahawa satu proses penggadaian negara secara terhormat sedang berjalan.
Menurut amalan biasa, sesebuah syarikat yang menerbitkan bon seumpama ini adalah dengan tujuan menarik pelaburan pelbagai pihak untuk meraih keuntungan melalui projek yang diusahakan dengan sandaran keuntungan projek dan segala aset milik syarikat itu sendiri.
Sudah sementinya pemegang saham terbesar akan mempunyai kuasa pegangan dan bertindak menguasai sesebuah syarikat dan perjalanannya.
Jika benarlah konsep ini menjadi amalan terbitan bon negara, maka rakyat patut tahu bahawa tindakan segelintir pemimpin negara yang terdesak kerana gagal mendapatkan pinjaman dari luar, menggadai dengan cara terhormat melalui terbitan bon negara kepada pelabur asing.
Minda Rakyat
27 Mei, 1999